You are currently viewing Power Rabun Jauh Turun? Boleh ke?

Power Rabun Jauh Turun? Boleh ke?

Encik Khairi datang untuk pemeriksaan mata, tengok jauh & dekat masih boleh tahan dengan spek jauh dekatnya.

Pemeriksaan menunjukkan rabun jauh sudah turun & rabun dekat naik sikit. Power baru akan dibandingkan dengan power lama untuk kita senang beritahu status mata, power ada naik atau ada turun untuk capai penglihatan yang lebih baik sekarang.

Biasanya, apabila usia meningkat, power rabun jauh miopia (near sighted) akan semakin turun manakala rabun dekat hiperopia (far sighted) akan semakin naik.

Rabun jauh miopia ialah power dengan tanda tolak di depan power rabun, seperti -100 (rabun miopia seratus). 
Rabun dekat hiperopia ialah power dengan tanda tambah di depan power rabun, seperti +100 (rabun hiperopia seratus).

Miopia ialah rabun jauh, jauh tak nampak, dekat boleh nampak. Ini disebabkan bebola mata yang panjang, bila cahaya masuk, imej benda dari jauh tidak sampai tv skrin mata kita (sebab mata sudah panjang) untuk kita lihat, imej benda dekat masih sampai tv skrin mata kita yang panjang, maka kita dapat lihat.

Hiperopia ialah rabun dekat, jauh boleh nampak, dekat tak nampak.. ini disebabkan bebola mata yang pendek. Kalau power hiperopia rendah & dalam usia muda, mata & otot mata kita yang masih kuat boleh auto-betulkan power hiperopia ini dengan auto-fokuskan untuk kita tengok jauh & dekat pun jelas terang. Bila kita banyak buat kerja dekat/kerja komputer, baru komplen mata datang. Sebab dahlah mata kena auto-betulkan power untuk tengok, lagi dikerah untuk auto-fokus tengok komputer berterusan, permintaan auto-betul auto-fokus over limit, mata mogok & kita sakit kepala. Rabun mesti betulkan dulu, biar mata relek, mata happy kita pun happy & steady.

Bila usia semakin meningkat pula, mata & otot mata semakin lemah menjadikan kita tengok jauh kabur tengok dekat pun kabur. Sebab power mata untuk auto-betul & auto-fokus sudah kurang, maka diperlukan untuk pakai cermin bantu tengok jauh & dekat pun terang. Biar kanta yang bantu sapot buat kerja auto-betul & auto-fokus, daripada kita paksakan mata kerja kuat, mata kerja relek, maka mata tak bagi komplen & tak mogok.

Encik Khairi power rabun jauh miopia semakin turun seperti mana yang telah kita bincangkan di atas. Rabun membaca naik sikit, sebab rabun membaca akan naik perlahan-lahan ikutkan usia kita. Katarak ada sikit kuning sahaja, masih dalam kategori sangat awal. Katarak ambil masa bertahun-tahun untuk jadi tebal & masak, dalam pemeriksaan mata setahun sekali akan kita beritahu tentang status katarak juga. 

Beliau hadap komputer banyak, kita prescribe cermin tapis biru sebagai perlindungan mata terhadap cahaya biru daripada komputer & juga matahari punca utama cahaya biru. Setakat ini, tak ada kajian yang menunjukkan cahaya biru akan rosakkan mata kita, tapi bagikan mata satu perlindungan sebegini untuk kurangkan risiko penyakit mata, saya rasa perlindungan tambahan ini ada elok juga, superti mana yang diberitahu kepada Encik Khairi. Keputusan masih di tangan anda.

Adakalanya beliau berada outdoor juga. Beliau dapatkan cermin bertukar gelap bila bawah matahari. Bila ada sinaran UV daripada matahari, cermin akan bertukar gelap, mata sejuk sikit & tak payah kecilkan mata secara manual untuk bagi mata sejuk. Hehe

Setiap kawan pelanggan yang datang, kita prescribe cermin yang sesuaikan dengan keperluan harian, keperluan kerja, lifestyle & juga ikutkan isi hati dan budget kawan pelanggan agar gembira, puas hati & seronok dengan servis & produk kita.

Chaw optometris jujur & ikhlas dalam memberikan servis cek mata & semua produk adalah terjamin. Oops sudah iklan sikit ni.. semua kawan pelanggan & sahabat-sahabat sini boleh kita gurau sikit kan.. life’s too short to not chill & relax a bit 😉

Terima kasih Encik Khairi dan wifey yang sporting atas kepercayaan & sokongan 🙂 Encik Khairi dan isteri tersayang pulang ke kampung & dating di kampung minggu ini ^^

Cermin tukar gelap Encik Khairi –
Zeiss SmartLife Superb PhotoFusion Blue Protect 1.67
Zeiss Lens Engraving atas cermin Encik Khairi

#Multifokal #PhotoFusion #BlueProtect #ZeissSuperb #2011