You are currently viewing Mata Malas: 3 Sebab – Masih Boleh Rawat & Pulih?

Mata Malas: 3 Sebab – Masih Boleh Rawat & Pulih?

Mata malas atau amblyopia biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mana mata ada rabun tapi tak pakai cermin mata untuk betulkan rabun. Kanak-kanak tidak tahu apa itu jelas ataupun kabur, sebab itu tidak akan komplen kepada kita yang mereka kurang nampak. Percayalah pada naluri sendiri.. sebagai ibu/ayah.. bila kita rasa ada yang tak betul, capai pada kami & ambil tahu status penglihatan & mata anak-anak!

3 Sebab Mata Malas

1) Mata ada rabun tapi tak pakai kanta pembetulan

  • mata yang tak dibetulkan rabun akan nampak kabur, bila mata nampak kabur berpanjangan.. otak kata: ok la, memang pun mata bagi signal kabur je, tak payah la saya kerja.. bila keadaan ini berlaku, walaupun kita bagi kanta pembetulan optimum, mata tetap tak dapat nampak huruf-huruf kecil dah – keadaan ini namanya mata malas
  • jika dibiarkan berpanjangan, otak mula “shut down” tidak lagi menerima sebarang signal daripada mata kabur ini (keadaan ini namanya “supression” – otak hanya ambil signal daripada mata yang nampak jelas, sebab itu, bila kita buka dua mata, kita nampak terang dengan signal mata baik sahaja, signal kabur terus diabaikan/di-suppress-kan)
  • bukan mata sahaja yang membantu kita lihat, mata bekerjasama dengan otak membolehkan kita lihat, tafsir, memahami dan bertindak sewajarnya sebagai seorang insan yang baik (Tuhan maha pencipta yang penyayang)

2) Mata ada juling

  • bila alignment mata lari, mata tak duduk tengah-tengah, mata mungkin menghala keluar, atau menghala ke dalam.. ke atas ataupun ke bawah.. ini namanya juling
  • juling boleh berkaitan dengan rabun yang tidak dibetulkan
  • bagi juling masuk/esotropia, juling adakalanya hilang selepas memakai kanta pembetulan
  • juling juga boleh menyebabkan kerjasama antara dua mata tidak harmoni.. sebab mata normal fokuskan kat skrin tv mata, mata juling pula fokuskan kat luar skrin tv mata menyebabkan penglihatan berganda
  • kerjasama tidak harmoni ini menimbulkan penglihatan berganda, yang mana mata yang tewas berada dalam keadaan juling keluar – ini bagi mengelakkan penglihatan berganda yang mengganggu sistem penglihatan normal kita

3) Halangan pada penglihatan

  • ptosis – keadaan di mana kelopak mata yang turun sedikit atau turun banyak sehingga menutup anak mata
  • bila sehingga tutupkan anak mata, penglihatan dihalang, tiada signal dihantar ke otak, ini menjurus kepada mata malas

Apapun kita kena betulkan rabun dulu. Bekalkan mata kita dengan penglihatan optimum.. supaya mata dapat stimulasi/signal yang secukupnya dengan nampak jelas.. dan sekiranya tetap ada mata malas, akan kita cuba dengan terapi penglihatan.

Untuk memulihkan mata malas di kalangan kanak-kanak adalah sangat memberangsangkan, terutamanya bawah 12 tahun.

Hanya dengan membawa anak-anak untuk pemeriksaan mata berkala.. ketahui status penglihatan mata anak anda supaya anak senang belajar sampai ke menara gading.

Azam (M/29) mempunyai rabun -350 tapi sudah lama tak guna cermin mata. Beliau hanya boleh nampak sampai barisan kedua paling kecil dengan power optimum. Beliau kena pakai cermin mata “full time” & datang untuk pemantauan tahap penglihatan, tengok sama ada mata sudah “pick up” kembali boleh nampak barisan paling kecil.

Walaupun usia sudah dewasa, kita masih mahu cuba usahakan melalui terapi penglihatan.. sama ada penglihatan boleh dioptimumkan lagi juga bergantung pada motivasi untuk terus komited dalam melakukan latihan mata yang diberikan oleh optometris.

Usaha itu tangga kejayaan kan? 😉

Impak Mata Malas

Rabun yang tak dibetulkan akan menyebabkan mata malas.. iaitu mata ada tapi ianya tidak berfungsi.. biar apa power pun, mata memang tak dapat nampak huruf-huruf kecik. Kalau ada apa yang berlaku pada mata normal, yang tinggal hanyalah mata malas yang tidak dapat lihat, kita seolah buta!

Marilah kita sama-sama menjaga mata kita dengan:

  1. Memeriksa mata setiap 6 bulan bagi kanak-kanak dan 
  2. Memeriksa mata setiap tahun bagi dewasa & warga emas
  3. Memakai cermin mata seperti yang dinasihatkan oleh juruoptik

#KepentinganPemeriksaanMataBerkala #MataMalas #LazyEye