You are currently viewing Hadap Komputer Banyak?

Hadap Komputer Banyak?

  • Post author:

Fauziah (F/41) datang untuk pemeriksaan mata mengadu tengok jauh kabur dengan cermin matanya yang sudah 2 tahun.

Pemeriksaan mata menunjukkan:

R: -5.75

L: -5.25 

Addition: +0.75

Fauziah hadap komputer kebanyakkan masa kerja. Apa pulak rabun jauh masih meningkat saat kita dah nak masuk presbiopia – dah mula ada rabun dekat? Rabun jauh naik sebab hadap hp/komputer dengan banyak tanpa rehat. Pastikan kita amal peraturan 20-20-20, lepas 20minit hadap dekat, tengok sejauh 20kaki, selama 20 saat. Peraturan 20-20-20 ni seakan butang Reset, bila dialihkan fokus kita pada jauh selepas 20 minit tengok dekat, mata kita tak jadi semacam kejang maka bila kita tukar pandangan dari dekat ke jauh ataupun jauh ke dekat, kita tetap nampak jelas & terang. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke bawah, sepatutnya boleh menukar fokus pandangan ini secara automatik dan masih nampak jelas & terang.

Bagi kita yang berusia 35 tahun ke atas, yang nampak kabur bila kita bertukar fokus dekat ke jauh atau sebaliknya, ini menunjukkan pemintaan mata tidak sepadan dengan keupayaan mata. Mata sudah tak berupaya untuk kekalkan penglihatan jelas kerana:

  1. Permintaan kerja dekat yang melebihi keupayaan mata
  2. Mata sudah kurang fleksibel atas faktor usia

Fauziah dapatkan cermin jauh dekat relax lens ILT Smart Calibre UVNex yang ada power membaca pada bahagian bawah cermin untuk support tengok komputer dengan lebih selesa. Bingkai yang disukai Fauziah tidak lain & tidak bukan: Revlon – dengan bentuk bingkai yang bulat menambat dengan bingkai kaki yang menawan. 

Jommmm kita amalkan peraturan 20-20-20 supaya mata gempak gembira, kita riang & ria!