You are currently viewing Cermin Tukar Gelap Macam Mana ni?

Cermin Tukar Gelap Macam Mana ni?

Encik Kamal (M/35) datang dengan cermin matanya yang telah hilang satu cermin. Bila memandu tak pakai spek, beliau kata memang susah (sebab bila memandu kita mesti kena tengok confirm).

Pemeriksaan mata menunjukkan beliau ada rabun jauh miopia -125 & rabun silau -050 (sekarang sudah tahu miopia & hiperopia dan tanda – & + kan???? Kesihatan mata beliau sihat, rabun pun tak kuat.. semua bagus!

En. Kamal outdoor banyak, sebab itu ambik cermin tukar gelap untuk relekkan mata, usah kecilkan mata bila bawah matahari. Cermin tukar gelap akan bertukar gelap sahaja bila ada sinaran UV (daripada matahari) dan bila tak ada UV – cermin tak tukar gelap. Oleh itu, bila kita masuk rumah, tak ada UV, cermin hitam pudar jadi jernih balik. Bila dalam kereta, cermin ini tukar gelap tak? Kereta sekarang semua sudah ada “car tint” yang tapis sinaran UV, maka cermin tukar gelap ini tak bertukar gelap bila kita berada dalam kereta!

Ataupun kita boleh pakai “Fit Over”, cermin mata hitam/sunglass yang boleh dipakai atas cermin mata sendiri. Bila memandu, kita top up dengan Fit Over ini pun jadi.. untuk keselesaan memandu.

Cermin tukar gelap tak akan jadi se-gelap cermin mata hitam/sunglass. Kalau nak gelap macam sunglass, boleh buat Tinted dengan power kita. Sebiji sunglass tapi sunglass yang ada power untuk betulkan rabun bagi kita yang ada rabun. Tapi bila waktu malam, sunglass ini tak boleh pakai dah.

Kalau waktu malam pun nak pakai spek yang sama, boleh kita dapatkan cermin mata hitam yang bertukar gelap. Ya betul, cermin mata hitam… yang boleh bertukar lagi gelap bila sinaran UV kuat, seperti bawah matahari terik. Tapi, cermin ini akan nampak ada gelap sikit walaupun kita berada dalam rumah, ia bukan jernih habis macam cermin putih. Dan bila cermin ini bawah matahari, ia akan jadi lagi gelap berbanding dengan cermin tukar gelap.

Cermin tukar gelap.. cermin mata hitam dengan power.. cermin mata hitam bertukar lagi gelap…

Okay cukup sudah cerita buat cermin tukar gelap. Bila anda datang untuk pemeriksaan mata, kita bukan saje sibuk ambil tahu power, juga nak sibuk hal keperluan untuk mata anda dengan mengambil tahu keperluan harian & kerja, permintaan & isi hati anda semua. Kita banyak nak sibuk kan?????

Jommm buat temujanji untuk pemeriksaan mata anda supaya kita ada masa secukupnya untuk “sibuk” dengan mata anda. Setting kedai juga tak besar, untuk keutamaan semua kawan pelanggan dalam musim COVID ini, kita masih jalan sistem temujanji.. ikutkan SOP dan juga untuk keselesaan anda semua.

Zeiss Lens Engraving on all their lenses, can you spot it?

#PKPP #CerminTukarGelap #Stylish #ZeissPhotoFusion