You are currently viewing Katarak Sudah Tebal/Masak tak?

Katarak Sudah Tebal/Masak tak?

Kak Muniandy (F/73) datang untuk pemeriksaan mata ditemani anaknya Cik K seorang frontliner. Kak Muniandy komplen tengok jauh kelabu & tengok dekat sikit kurang dan nampak silau. Beliau juga bimbang katarak atau selaput mata jadi semakin tebal.

Pemeriksaan menunjukkan beliau ada power:

R: +1.75/-0.50×90 (6/9) L: +2.25/-0.50×60 (6/9)Add: +2.50 (N6@40cm)

Mata kanan ada rabun jauh +175 & rabun silau 050 manakala mata kiri ada rabun jauh +225 & rabun silau 050. Rabun membaca ialah +250. Penglihatan 6/9 menunjukkan beliau nampak barisan 6/9 pada carta penglihatan, di mana penglihatan 6/6 ialah barisan yang paling kecil iaitu barisan optimum yang sepatutnya dilihat jelas bagi semua orang. Beliau tidak nampak dua barisan paling kecil iaitu barisan 6/6 & 6/7.5, sekarang beliau nampak barisan 6/9. 

Barisan pada carta penglihatan ialah: (dari paling kecil ke besar) 6/6 -> 6/7.5 -> 6/9 -> 6/12 -> 6/15 -> 6/18 -> 6/24 – > 6/30 -> 6/36 -> & seterusnya barisan besar. 

Kak Muniandy sudah ada katarak dua belah mata, dengan penglihatan 6/9. Apabila kita hanya boleh nampak barisan 6/15 atau 6/18, barisan kecil-kecil dah tak nampak, akan kita nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar mata bagi pembedahan katarak. 

Tapi bila masa yang sepatutnya berjumpa dengan doktor pakar mata juga bergantung pada seseorang individu tersebut. Mungkin ada yang dengan penglihatan 6/9 telah komplen tak tahan tengok silau akibat dari katarak.. atau tak tahan tengok kabur.. bagi mereka yang hendakkan penglihatan jelas terang akan dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar mata untuk berbincang mengenai pembedahan katarak dengan doktor pakar mata. Ataupun atas dasar pekerjaan yang memerlukan penglihatan optimum juga boleh membuat demikian. 

Katarak tak baik dibiarkan sampai sangat tebal atau masak. Dalam mata kita, ada longkang untuk air masuk & keluar, bila katarak jadi sangat tebal akan menghalang air keluar masuk, bila longkang ada tersumbat, tekanan dalam mata jadi tinggi dan ini mengundang satu lagi penyakit mata, namanya glaukoma. 

Selepas pemeriksaan mata, tahap penglihatan yang dicapai akan diterangkan. Begitu juga dengan penglihatan yang ada katarak, akan kita beritahu sama ada sudah perlu berjumpa dengan doktor pakar mata. Sekiranya penglihatan masih boleh tahan, kita akan pantau setiap tahun sekali ataupun tempoh masa yang disarankan oleh optometris. 

Kak Muniandy dapatkan cermin jauh dekat bertukar warna sebab beliau aktif & suka berkebun. Pakaikan cermin tukar warna, cermin jadi gelap bila bawah matahari, mata sejuk & sedap, kita seronok lagi senang hati!

#Katarak #DSwatch #AdvanceUltimate