You are currently viewing Tengok Komputer Kabur?

Tengok Komputer Kabur?

  • Post author:

Ameer (M/23) datang untuk pemeriksaan mata, tak pakai cermin mata, mengadu sikit kabur tengok jauh.

Penglihatan tanpa cermin:
R: 6/7.5-
L: 6/6-

Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: +0.25/-0.75×180 (6/6)
L: +0.25/-0.50×165 (6/6)

Ameer ada rabun jauh hiperopia +0.25 dan rabun silau 050 & 075. Mata beliau sihat sahaja. Spek rabun jauh telah kita prescribe untuk beliau.

Bila diitanyakan tentang cermin mata, Ameer bagitahu bila tengok komputer waktu kerja, penglihatan ada kabur. Ini bagi kita tahu yang mungkin stamina mata beliau ada kurang. Sebab itu, kita suka nak tanya banyak.. sebab kita nak tahu komplen mata yang ada, dan kita akan buat pemeriksaan tertentu untuk semak komponen mata yang berkaitan. 

Ameer datang ke premis dan kita semak stamina mata, memang menunjukkan stamina mata ada kurang. Macam kita pergi berlari, kita kena ada stamina yang cukup baru kita boleh berlari kan.. sama dengan stamina mata sebenarnya, kena ada stamina mata yang cukup, baru kita boleh terus tengok komputer/hp dengan jelas sepanjang hari.. kalau penglihatan komputer/hp selalu kabur, ianya mestilah diperiksa & disemak puncanya.. kanak-kanak mahupun dewasa.

Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: +0.25/-0.75×180 (6/6)
L: +0.25/-0.50×165 (6/6)
Add: +0.50

Pemeriksaan alignment mata (Cover Test)
Orthophoria (normal) @ jauh & dekat

Pemeriksaan penumpuan (NPC – kebolehan mata dalam kekalkan satu imej tunggal yang jelas) by RAF rule
8cm, 8cm, 8cm
(normal value: <10cm)

Pemeriksaan stamina mata (AA – kebolehan mata memfokus & mengekalkan satu imej dekat dengan jelas) by RAF rule
R: 10cm, 11cm, 12cm
L: 10cm, 11cm, 12cm
(normal value: 10cm untuk 23tahun)

Kebolehan relekkan fokus mata (NRA)
+2.00
(normal value: +1.50 hingga +2.50)

Kebolehan kerahkan fokus mata (PRA)
-1.25
(normal value: -1.37 hingga -3.37)

Respon fokus mata pada target dekat
R: +0.75
L: +0.75
(normal value: +0.25 hingga +0.75)

Stamina mata Ameer ada kurang, kita ada 2 options untuk atasi komplen tengok dekat kabur:

  1. bantu dengan cermin Relax lens/Anti-Fatigue lens untuk sapot mata bila tengok dekat
  2. latih/kuatkan otot mata dengan terapi penglihatan/vision therapy

Kerja Ameer perlu hadap komputer banyak, kita tukarkan cermin Relax lens untuk setelkan isu kabur dulu.. nanti kita follow up balik 4-6minggu dan sekiranya stamina mata masih kurang, kita cuba usahakan dengan terapi penglihatan. 

Salah satu “proper visual hygiene” amat penting yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita, di mana mata diberikan rehat antara kerja dekat dengan peraturan 20-20-20, setiap 20minit tengok komputer/hp, tengok sejauh 20kaki, selama 20saat untuk relekkan mata kita. 

Ameer dapatkan bingkai browline Elite dipasang dengan cermin Advance Anti-Fatigue dengan Drivewear yang tapiskan cahaya silau.

Terima kasih Ameer atas kepercayaan & sokongan!

?