Kak Sumdra (F/56) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu cermin mata multifokal kabur tengok dekat. Akak banyak kena hadap kerja dekat.
Power cermin matanya 2+ tahun
R: -0.50/-0.25×90
L: -0.50/-0.25×55
Add: +2.00
Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/6-
L: 6/6
Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.50/-0.25×90 (6/6) [+1.00 blur lens test 6/7.5-] [R: mata kanan dominan]
L: +0.25/-0.50×55 (6/6) [+1.00 blur lens test 6/7.5-]
Add: +2.00
Pemeriksaan lain menunjukkan:
Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
small XP, fast then moderate recovery @ jauh
small XP, fast then moderate recovery @ dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP fast recovery)
Pemeriksaan Alignment/Postur Mata (Howell Card) by 6^ Base Down on Right eye
Jauh: anak panah jauh lari lepasi skala nombor yang paling hujung
Dekat: 12 – 14 XP
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards
Kak Sumdra ada plus power hiperopia dengan rabun silau, tetapi dipakai power rabun jauh dengan minus power. Keadaan sebegini menyebabkan mata lagi ditambah beban. Postur mata pada jauh nampaknya menunjukkan data yang jauh daripada yang sepatutnya.. tapi biar akak pakai power betul untuk seketika, nanti kita semak balik.
Bila kita pakai power yang tidak ngam dengan mata, 2 perkara yang mungkin berlaku:
- mata kuat dengan reserve stamina/tenaga simpanan yang tinggi – dapat tampung beban berlebihan.. maka mata dapat biasakan dengan power itu selepas seketika
- mata dengan reserve stamina/tenaga simpanan yang rendah – tak dapat tampung beban berlebihan.. maka mata tak dapat biasakan dengan spek baru itu
Situasi pertama seumpama badan yang sihat dengan otot yang kuat.. walaupun kita kerja seharian mengangkat beban berat, kita okay saje & lama-kelamaan akan biasa dah. Situasi kedua pula seumpama badan dengan otot yang lemah.. mengangkat beban berat menyebabkan badan sakit/tidak sedap badan.
Sekiranya kita telah pun cuba spek baru superti yang disarankan, dan spek masih tidak selesa dipakai, jumpa balik dengan eye care practitioner anda & beritahu apa yang anda rasa bila pakai spek itu.. terutamanya untuk mereka yang tak pernah pakai cermin multifokal.. kita kena belajar satu skill set yang baru.. memang ambil masa sikit.. janji u cuba & kita usahakan. Ada apa yang tak faham, tanya je.. kita “bao sampai u lulus lesen L & lesen memandu”?