You are currently viewing SARJIT SINGH A/L JAWAN SINGH

SARJIT SINGH A/L JAWAN SINGH

Uncle Sar (M/63) datang untuk pemeriksaan mata, dibawa isterinya yang kawan pelanggan kami. Beliau tidak pakai cermin mata, dan tidak pernah ada pemeriksaan mata sebelum ini. Beliau tiada kencing manis, darah tinggi & kesihatannya baik. Isterinya mengadu beliau duduk sangat dekat bila tengok TV(betul-betul depan TV), dan tidak nampak orang bila melintas jalan raya.

Penglihatan tanpa cermin mata:
R: cannot even guess 6/120
L: cannot even guess 6/120

Pemeriksaan menunjukkan:
R: -22.00/-1.50×65 (6/30-) PHNI
L: -18.50/-1.50×65 (6/21-) PHNI
Add: +2.00

Uncle Sar mempunyai rabun jauh yang terlampau tinggi, kita sarankan agar uncle berjumpa doktor pakar mata untuk pemeriksaan mata & kesihatan mata menyeluruh.

Beliau kata nak buat cermin dulu & pergi jumpa doktor mata selepas ini. Tak pernah pun pakai cermin mata, pemakaian cermin mata dengan power sebegini mesti akan sangat pening, lebih-lebih lagi takut uncle jatuh pula. Kita sediakan satu pasang cermin mata dengan rabun jauh 1500 untuk uncle cuba pakai di rumah dulu – dalam keadaan yang sudah kita biasa & selamat. Biar uncle cuba dulu, kita pantau balik & adjust power kemudian nanti.

* Pada peringkat awal sebelum ambil sejarah/background uncle, semasa pemeriksaan power mata komputer, uncle diberitahu untuk letakkan dagu pada bahagian dagu rehat. Tapi, uncle tidak berbuat demikian. Kita ingatkan mungkin uncle tidak faham, lalu ditunjukkan dengan action dagu direhatkan pada tangan kita. Masih uncle tidak gerakkan dagu ke komputer. Sampai isterinya menolak paksa dagunya ke tempat dagu rehat lalu diambil bacaan komputer. Tertera power komputer, terus rasa bersalah atas hatiku berbisik yang uncle mengada-ade.. Maafkan saya uncle jika saya terkuat suara hari itu?

*Kemaskini

Isterinya beritahu yang Uncle Sar sedang pakai cermin mata dengan rabun jauh 1500 itu. Nanti uncle akan cuba cermin mata baru dengan power:

Modified power:
R: -20.00/-1.50×65
L: -18.50/-1.50×65

Biar uncle cuba di rumah dulu, dalam keadaan yang sudah biasa, paling penting ialah keselamatan. Kita pantau balik nanti dan juga akan diseru untuk berjumpa doktor pakar mata.