You are currently viewing Rabun Silau Kuat?

Rabun Silau Kuat?

Hana (F/26) datang untuk pemeriksaan mata, komplen nampak silau sangat & mata senang berair. Cermin mata sudah satu tahun lebih & coating/lapisan pelindung cermin sudah rosak. Bila coating tanggal/kopek, penglihatan jadi sangat silau kerana cahaya yang masuk melalui coating yang rosak akan menyebabkan cahaya dipantulkan merata.. silaukan mata bila kita lihat, maka mata rasa senang berair.

Pemeriksaan mata menunjukkan bahawa Hana ada rabun silau yang sangat kuat, mata kanan dengan rabun jauh -275 + rabun silau 375 & mata kiri dengan rabun jauh -250 + rabun silau 450. Rabun silau yang tak dibetulkan akan menyebabkan kita rasa silau, terutamanya waktu malam bila memandu, seakan di’buta’kan oleh lampu dari kereta arah bertentangan, selain faktor coating yang kita sebutkan tadi. Hana capai penglihatan optimum lepas pakai kanta pembetulan. Ada sesetangah yang ada rabun silau kuat mungkin penglihatannya kurang dengan cermin mata, yang mana kita boleh cuba kanta lekap separa keras (hard contact lens / RGP lens-Rigid Gas Permeable) yang biasanya boleh capai penglihatan yang lebih bagus daripada cermin mata.

Bila kita ada rabun silau yang sangat kuat, akan kita pantau untuk tanda-tanda keratoconus. Keratoconus ialah kondisi mata di mana bentuk mata membujur ke hadapan semacam bentuk kon, oleh sebab itu mempunyai rabun silau yang sangat tinggi. Dengan keratoconus, rabun silau akan didapati semakin meningkat dari masa ke semasa.. pada tahap awal, penglihatan boleh dioptimumkan dengan pemakaian kanta lekap separa keras keratoconus. Disebabkan bentuk kon mata sebegini, hanya kanta keras yang boleh neutralkan/coverkan bentuk kon mata untuk kita capai penglihatan lebih bagus.

Hana tidak mempunyai tanda-tanda keratoconus dan dijadualkan untuk pemeriksaan mata berkala setiap 6 bulan.

#RabunSilauKuat