You are currently viewing Penjagaan Mata / Rabun Kanak-kanak

Penjagaan Mata / Rabun Kanak-kanak

  • Post author:

Perkongsian tentang penjagaan mata/rabun kanak-kanak:

1) tidak gosok mata
– banyak anak-anak sekarang yang suka & sedap gosok mata.. maka ada rabun silau kuat..
– bila asyik gosok mata, permukaan mata jadi tak rata.. bila cahaya masuk, cahaya akan pecah & nampak silau sangat.. ini namanya rabun silau
(rabun silau juga mungkin faktor genetik yang ikutkan bentuk mata ibu ayah yang ada rabun silau)

2) pencahayaan yang mencukupi
– zaman sekarang, anak-anak suka tutup lampu tengok hp.. bila gelap & kurang nampak, akan kita ambil hp dekat dengan mata.. tengok hp dengan dekat merangsangkan pemanjangan bebola mata maka power akan bertambah

3) postur yang betul bila membaca
– anak-anak suka baring tepi bila baca novel sebelum tidur.. ini akan menyebabkan satu mata power kuat, satu mata tak ada power
– bila baring membaca, buku akan dibawa dekat dengan mata.. membaca dengan dekat akan menyebabkan pemanjangan bebola mata maka power naik

4) asyik hadap handphone lama
– bila kita hadap hp, mata kita kena auto-fokus bantu kita tengok dekat.. bila kita hadap hp berjam-jam tanpa henti, ini sebenarnya sangat stress buat otot-otot mata kita.. bila otot mata stress sangat, ia akan “mogok” dan menyebabkan kita sakit kepala, pening atau kabur penglihatan.. bila mata bawah stress berpanjangan, power akan naik.. sebab itu kita ada peraturan 20-20-20
– selepas 20minit tengok hp, pandang jauh-jauh 20kaki.. selama 20saat untuk relekkan balik otot-otot mata kita

5) pemeriksaan mata berkala setiap 6bulan buat semua kanak-kanak
– jom jumpa aunty Chaw setiap 6bulan untuk pemeriksaan mata okay tak????

Prihatin terhadap penglihatan kanak-kanak,
Chaw Zi Wen @ Aunty Chaw
Optometris
88 Optometry

#88Optometry10PercentOath