Nmalen (M/16) datang untuk pemeriksaan mata, ibu bagitahu anaknya tiada komplen kabur/sakit kepala.. dulu pernah buat satu spek tapi memang lama tak pakai langsung. Beliau kata adakalanya ada kabur tengok dekat jika hadap hp lama tapi selepas ambil rehat beberapa minit, boleh hadap lama hp/laptop lagi.
Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/21 blur
L: 6/6-
Preskripsi mata dulu 9/2019
R: +4.25 (6/12)
L: +3.50 (6/7.5)
Preskripsi ini tidak dibuat spek
Retinoscopy
R: +5.00
L: +3.75 (fluctuation noted)
Pemeriksaan menunjukkan:
R: +3.25 (6/12) PHNI N8-@40cm) [R: mata kanan dominan]
L: +2.25 (6/6) N5@40cm [+1.00 blur lens test 6/7.5]
He did not like further hyperopic power, blurry far & near to him (binocularly & monocularly)
Add: did not improve his near vision
Pemeriksaan lain menunjukkan:
Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
NMD @ jauh
small XP, fast recovery @ dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP fast recovery)
Pemeriksaan Alignment/Postur Mata (Howell Card) by 6^ Base Down on Right eye
Jauh: 0 – 1 EP (bahagian kuning)
Dekat: 4 – 6 – 8 XP (bahagian biru)
-1.00 Dekat: 4 – 6 – 8 XP (bahagian biru)
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards
NPC (Convergence – ability of eye to maintain a single clear near image) by RAF rule
8/10cm, 8/10cm, 8/10cm
(normal value: less than 10cm or to the nose, TTN)
Jump Convergence
– smooth movement
AA (Accommodation/Focusing – eye stamina/ability of eye to focus & sustain seeing near clearly) by RAF rule
R: 16 YO, 16 YO, 16 YO (N12 target)
L: 20 YO, 20 YO, 20 YO
(normal value: AA/usia mata ikutkan usia)
NRA (accommodation analysis – ability to relax accommodation with plus lenses)
+1.75
(normal value: +1.50 to +2.50)
PRA (accommodation analysis – ability to stimulate accommodation with minus lenses)
-2.75
(normal value: -1.37 to -3.37)
MEM (Accommodation lag – to measure accommodation response seeing near target)
R: +1.00
L: +1.00 (varying dim & bright reflex)
(normal value: +0.25 to +0.75)
Facility (Accommodation facility – ability to change focus: far to near or near to far) by Flipper +/- 1.50 held at 40cm
BE: 7 cycle per minit(cpm), difficult plus lens(kanta pertama)
R: 8 cycle per minit(cpm), both plus & minus lens look the same (target N12)
[with plus lens: target is seen bigger & closer; with minus lens: target is seen smaller & further away]
L: 8 cycle per minit(cpm), difficult plus lens(kanta pertama)
(normal value: 1 cycle = 2 perkataan dibaca
Monocular or R/L: 6cpm to 16cpm
Binocular or BE-both eyes: 4cpm to 14cpm)
Nmalen mesti betulkan rabun hiperopia & pakai kanta pembetulan setiap masa. Dengan power hiperopia yang begitu tinggi, kebanyakan kanak2 biasanya akan ada juling masuk.. tapi beliau tiada juling.
Beliau ada mata malas/amblyopia pada mata kanan yang disebabkan oleh power tinggi yang tak dibetulkan – ini seumpama otak kata.. okay lah, penglihatan sudah kabur teruk, meskipun saya kerja keras memang tak dapat lihat jelas juga.. tak payah lah nak kerja kuat, maka mata menjadi malas. Biarpun kita pasang kanta pembetulan sekarang, memang mata tak dapat lihat barisan2 kecil untuk penglihatan jauh & juga dekat.. inilah keadaan mata malas.
Dengan mata kirinya yang rabun lebih rendah (tapi rabun mata kiri sebenarnya sudah tinggi), penglihatan mata kiri masih bagus sebab bila mata kerja kuat kerahkan fokusing & ini masih boleh bagi nampak penglihatan yang baik. Ingat tak story kita sebelum ini mengatakan yang mata kita semulajadinya berupaya untuk kerahkan fokusing kita ke tahap PRA -3.37, untuk mata kiri, mata masih berupaya kerahkan 225 untuk betulkan power jauh & baki sikit untuk fokuskan dekat. Oleh sebab itu, Nmalen tengok kabur selepas hadap hp/laptop lama.. inilah masa stamina fokusing sudah haus habis. Sepatutnya 337 untuk kegunaan fokus dekat & bukannya untuk betulkan rabun.. rabun perlu dibetulkan dengan kanta pembetulan.
Bila satu mata nampak jelas sikit & satu lagi mata nampak kabur sangat, otak akan hanya ambil tafsir penglihatan bagus dari mata baik & abaikan penglihatan kabur dari mata malas yang mengganggu penglihatan jelas.. dan kejadian ini dinamakan suppression. Sebab itu, Nmalen tidak rasa/tidak tahu penglihatannya kabur.. sebab otak hanya tafsir penglihatan bagus dari mata kiri. Bila kita tutupkan mata kiri yang baik, barulah beliau perasan mata kanannya memang kabur banyak & akan beliau pakai spek setiap masa nanti.
Selepas pemakaian sepenuh masa power baru, kita pantau balik sama ada mata malas berupaya untuk dipulihkan. Biasanya mata malas yang dikesan pada awal persekolahan, memang memberangsangkan untuk kita pulihkan mata malas. Tapi, kita tetap akan cuba kalau beliau bermotivasi tinggi untuk buat terapi penglihatan. Tak cuba tak tahu kan