You are currently viewing NITHIYA WENDY

NITHIYA WENDY

  • Post author:

Nithiya (F/13) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu tengok jauh kabur & tengok dekat pun kabur dengan sakit kepala serta mata pedas dan tak boleh buka mata sejak dulu2 lagi.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/9-
L: 6/9-

Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.50/-0.25×135 (6/6-) [R: mata kanan dominan)
L: +0.25 (6/7.5-) PHNI
Relax Add: +0.50
Penglihatan kurang stabil, terutamanya mata kiri

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Penglihatan 3D (Random Dot 3S)
12.5″
(normal value: 12.5″)

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
NMD @ jauh & dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP small recovery)

Pemeriksaan Alignment Mata (Howell Card) by 6^ Base Down on Right eye
Jauh: 2 XP (bahagian biru)
Dekat: 1 – 3 EP (bahagian kuning)
+1.00 Dekat: 8 XP (bahagian biru)
+0.50 Dekat: 8 -> 6 <-> 8 XP (bahagian biru)
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards

Pemeriksaan Penumpuan (NPC – kebolehan mata dalam kekalkan satu imej tunggal yang jelas) by RAF rule
22cm, 24cm, 26cm
(normal value: 10cm)

Pemeriksaan Stamina Mata (AA – kebolehan mata memfokus & mengekalkan satu imej dekat dengan jelas) by RAF rule
R: 12cm, 12cm, 13cm
L: 13cm, 13cm, 14cm
(normal value: 7.5cm untuk 13tahun)

Kebolehan relekkan fokus mata (NRA)
+0.75
(normal value: +1.50 hingga +2.50)

Kebolehan kerahkan fokus mata (PRA)
-0.75
(normal value: -1.37 hingga -3.37)

Kebolehan mata dalam menukar fokus (Facility) by Flipper +/- 2.00
R: 6 cycle per minit(cpm) – difficult with plus lens
L: 6 cycle per minit(cpm) – difficult with plus lens
BE: 4 cycle per minit(cpm) – difficult with plus lens
(normal value:
Monocular or R/L: 6cpm to 16cpm
Binocular or BE-both eyes: 4cpm to 14cpm)

Respon fokus mata pada target dekat (MEM)
R: +1.25 (cahaya selang gelap, gelap & terang)
L: +1.50 (cahaya selang gelap, gelap & terang)
(normal value: +0.25 hingga +0.75)

Nithiya ada hiperopia dengan power tanda “+”. Kalau power hiperopia sikit macam Nithiya, mata kita boleh betulkan power hiperopia untuk tengok jelas pada jauh. Tapi, bila kita banyak hadap hp/komputer berpanjangan setiap hari.. sehingga satu masa di mana mata kita tak dapat tampung kerja OT – penglihatan adakalanya jadi kabur dekat.. bila dipaksa OT lagi OT, boleh menyebabkan penglihatan jauh pun kabur serta sakit kepala teruk. Bukan saja mata kena autobetulkan power hiperopia pada jauh, juga perlu kerja untuk autofokus kat dekat.. jauh & dekat pun kena kerja.. kerja double shift setiap hari tanpa henti.. sanggupkah kita kerja sebegini?

Keadaan ini semacam Nithiya, bila mata terlalu terdesak, sistem mata yakni “Convergence”/aiming/sasaran & “Accommodation”/focusing/fokus sudah haywire sekarang. Bila kita tengok sesuatu, ada dua sistem mata ini yang bekerjasama membolehkan kita tengok jelas pada benda yang kita nak tengok. Bila mana-mana satu sistem tumbang, ini menyebabkan satu sistem lagi tu kena tampung sekali kerja satu sistem itu. Bantuan tak sampai sampai untuk selesaikan ketidakseimbangan ini, lalu mata pun merajuk.. tengok dekat susah.. tengok jauh pun adakalanya kabur.. sakit kepala dengan mata pedas tak terbuka.

Untuk Nithiya, sepatutnya kita rujuk untuk cycloplegic refraction.. bubuh ubat titis mata (hanya dari klinik pakar mata sahaja) untuk lumpuhkan otot mata buat seketika supaya kita tahu power sebenar mata. Mata dalam keadaan tegang sebegini mungkin tidak menonjolkan power sebenar & ubat titis mata ini juga boleh relekkan otot mata yang kejang. Disebabkan kekangan masa & pengangkutan, kita bagikan cermin relek.. dengan power jauh hiperopia & power relek untuk dekat.. sampaikan bantuan pada mata supaya mata kembali beransur relek & tak tegang.. dan riang ria kemudian nanti.

Bagi keadaan mata macam Nithiya, kita ada 2 pendekatan:

  1. jika kita ada power cycloplegic refraction, kita bagi power hiperopia optimum pada jauh mungkin sudah memadai.. mata hanya tumpu buat kerja autofokus pada dekat
  2. jika kita tak ada power cycloplegic refraction, kita kena bagi cermin relek – bantu sedikit tengok jauh & bantu sedikit tengok dekat.. supaya mata tak tenat maka tak datangkan masalah/komplen mata

Dalam masa kita berhadapan dengan norma baru bersama pandemik ini, marilah kita sama-sama ingatkan satu sama lain untuk praktikkan “proper visual hygiene”/amalan mata yang baik:

  1. Peraturan 20-20-20: ambil rehat antara kerja/komputer – setiap 20minit tengok dekat, pandang jauh-jauh 20kaki, selama 20 saat.. ini untuk relekkan otot mata supaya tak jadi tegang yang senang dapat kejang
  2. Jarak Harmon yang sihat antara mata & hp: dalam jarak siku – sebab kita tahu bila kita ambil hp dekat dengan mata, mata kena kerja lagi kuat untuk fokuskan pada benda dekat.. mata tertekan, kepala sakit, kita terbabas, kerja tak menjadi pulak
  3. Postur yang bagus: duduk buat kerja.. tidur bebaring semua tak bagus untuk mata, sebab akan kita pegang hp dengan dekat
  4. Tempat kerja ergonomik: meja kerusi yang bersesuaian terutamanya pengguna multifokal di mana sesetengah tempat duduk boleh menyebabkan penglihatan dengan cermin multifokal terjejas
  5. Pencahayaan yang mencukupi: mesti buka lampu tengok hp supaya senang nampak.. bila gelap akan juga kita pegang hp dengan dekat
  6. Pakai cermin mata seperti yang disarankan oleh eyecare practitioner anda
  7. Jangan gosok mata: ini boleh menyebabkan rabun silau kuat
  8. Guna ubat titis mata yang disarankan oleh doktor pakar mata anda sahaja; optometris boleh bagi jenis ubat titis mata pelembap mata atau “artificial tears” sahaja bergantung pada kondisi mata kering selepas pemeriksaan mata kering anda
  9. Pencahayaan semulajadi: kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada pencahayaan semulajadi awal pagi buat kanak-kanak memang bagus & mata tak cepat dapat rabun jauh (bagi mereka yang belum ada rabun jauh).. kita juga tahu kanak-kanak banyak tengok dekat, ini yang menyebabkan mata anak-anak jadi rabun jauh