Uncle Iqbal (M/80) datang membuat cermin mata baru, cermin matanya sudah rosak. Beliau ada pembedahan mata beberapa tahun lepas pada mata kiri, dan diberitahu tisu mata sudah rosak & perlukan pemindahan tisu mata yang kena diperolehi dari luar negara.
Penglihatan dengan cermin mata:
R: +2.00/-0.25×85 (6/15-)
L: To balance
Add: +2.75
Pemeriksaan menunjukkan:
R: +1.50/-0.50X85 (6/12)
L: To balance
Add: +2.75
Uncle Iqbal ada selaput/katarak tebal sudah pada mata kanan yang perlu dirujuk untuk pembedahan katarak. Kalau kita buat cermin mata baru sekarang, nanti selepas buat pembedahan katarak, power mata akan tak sama. Akan tetapi, uncle kata buat cermin mata dulu, selepas keadaan pandemik ini semakin baik, barulah pergi berjumpa doktor pakar matanya.