You are currently viewing SIVAM  ARUMUGAM

SIVAM ARUMUGAM

  • Post author:

Uncle Sivam (M/72) datang untuk pemeriksaan mata, cermin matanya tertinggal & hilang. Uncle ada alternating exotropia – juling keluar yang bersilih ganti antara dua belah mata sejak bayi lagi. Beliau kata ada beberapa orang ahli keluarganya ada kondisi mata yang sama juga.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/12
L: 6/24-

Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.50/-1.00×110 (6/9+) PHNI
L: -0.25/-1.25×70 (6/12-) PHNI
Add: +2.75/+2.25

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
alternating XT @ jauh 
alternating XT @ dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP fast recovery)
ET = Esotropia is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XT = Exotropia is misalignment of the eye, eye is deviated outwards

Uncle Sivam ada alternating exotropia dalam keturunan.. sekiranya kita ada sejarah keluarga yang ada juling atau sebarang masalah mata kongenital (tidak termasuk katarak), beritahu doktor pakar mata & optometris anda. Bayi kecil boleh dibawa untuk pemeriksaan mata supaya kita dapat usahakan yang terbaik sekiranya bayi memang ada kondisi yang sama.

Uncle Sivam pakai cermin bifocal.. yang ada garisan di tengah cermin.. macam satu poket. Kita bagi uncle cermin bifocal yang sama juga, tapi garisan di tengah kurang kelihatan. Tapi, uncle marah.. beliau nak balik yang sama macam dulu.

Maafkan kita uncle.. kita ingatkan bagi cermin yang tak terang nampak garisan tengah.. nampaklah macam cermin biasa kan.. cantik sikit. Tapi kita memang tak beritahu uncle terlebih dahulu.. apapun uncle cuba dulu, kalau uncle tak suka.. bawa balik.. kita kasi tukar macam cermin dulu.

Uncle Sivam, jangan marah kita ye hehe…. Nombor kita ada ong tak?XD