You are currently viewing Dandruff Atas Bulu Mata?

Dandruff Atas Bulu Mata?

Cik K (F/46) datang mengadu mata selalu berair, adakalanya penglihatan nampak putih(konteks putih yang difahamkan ialah kabur).

Pemeriksaan mata menunjukkan Cik K ada rabun hiperopia +050 & rabun silau -050 untuk kedua belah mata dengan rabun dekat +125 . Kalau tak pakai cermin, penglihatan jauh masih boleh tahan, tapi kalau pakai cermin, akan nampak terang & sharp semua. Selepas pemeriksaan power mata, kita akan bagi bandingkan, tengok perbezaan dengan ada cermin & dengan tak ada cermin, dan juga bergantung pada keperluan & permintaan atas penglihatan.

Cik K seorang suri rumah, tak memandu, biasanya berada di rumah sahaja, tengok tv masih boleh. Ikutkan keadaan ini, beliau tidak perlukan cermin mata untuk tengok jauh tapi bila tengok hp, beliau perlu pakai cermin membaca. Kalau dibandingkan dengan seseorang yang ada memandu, pakaikan cermin untuk penglihatan jauh adalah lebih elok, sebab bila memandu, kita nak pastikan semua nampak jelas dan terang.

Pemeriksaan kesihatan mata menunjukkan Cik K ada sikit merah pada kelopak mata dengan dandruff pada bulu matanya. Sekiranya ada radang/jangkitan bakteria pada kelopak mata sekali, nama saintifik kondisi ini kita panggil “blepharitis”. Dandruff ini umpama dandruff rambut pada mata kita. Bagaimana kita nak atasi isu mata berair disebabkan oleh blepharitis?

Kita boleh buat “warm compression” dengan rendamkan tuala muka dalam air panas dan biar bubuh atas mata untuk beberapa minit. Ini bagi lembutkan dandruff yang keras pada bulu mata. Kemudian, guna beberapa titis “no tears” baby shampoo dan cairkan dalam air – kita gunakan satu lagi tuala bersih yang dibasahkan dengan cairan “no tears” baby shampoo tadi dan gunakannya untuk gosok bulu mata bagi hilangkan dandruff. Kita buat sekali setiap hari. Beliau akan datang untuk pemeriksaan lagi dalam dua minggu – satu bulan.

Bila kelopak mata ada radang atau jangkitan bakteria, kita akan nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar mata untuk dapatkan ubat titis mata berubat untuk rawat jangkitan bakteria.

Terima kasih Cik K atas kepercayaan & sokongan!????

#DandruffAtasBuluMata
#Blepharitis