You are currently viewing Cermin Mata Jauh Dekat Yang Bermakna!

Cermin Mata Jauh Dekat Yang Bermakna!

  • Post author:

Kak Aslina (F/49) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu sakit kepala, ingatkan tekanan darah tinggi yang menyebabkan sakit kepala & pening tapi bacaan tekanan darah diberitahu doktor okay sahaja.

Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: PL/-1.50×80
L: +0.50/-1.50×105
Addition: +1.75

Rabun silau kuat yang tidak dibetulkan akan menyebabkan sakit kepala/pening, lebih-lebih lagi jika kita tak gunakan cermin membaca untuk tengok dekat bagi kita yang berusia 40 tahun ke atas. Selepas beberapa hari pakai cermin mata satu power untuk betulkan rabun silau untuk tengok jauh, kak Aslina laporkan yang sakit kepala/pening sudah beransur baik.

Kak Aslina pilih separuh bingkai Estee dengan trend “cat eye”… miaoooo.. di mana dua penjuru kiri kanan bingkai ada nampakkan lebih tajam ke atas, penampilan tajam menyerlah, membawa perwatakan wanita yang tersendiri. Begitu padan dengan perwatakan kak Aslina yang memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit tenat selama ini. Duit dihabiskan untuk merawat ibu & kegunaan keluarga, dengan baki tak banyak tinggal setiap bulan. Ibu kak Aslina telah kembali kepada penciptaNya baru-baru ini dan setelah semua perkara ibu sudah diatur dengan baik, barulah kak Aslina berkesempatan untuk membuat sepasang cermin mata dengan cermin jauh dekat German Deutsch Entwurf yang bagus untuk kegunaan dirinya… awwwwww❤️❤️

Sayangilah ibubapa kita yang telah bertungkus lumus bekerja demi memberikan terbaik yang semampu untuk kita selama ini.

Bulan Ogos bulan merdeka,
Bulan yang penuh kenangan suka & duka,
Rambut ibu ayah makin gugur berkurangan,
Begitulah pengorbanan namanya kebahagiaan.

Salam Merdeka! Warga Malaysia!

Terima kasih kak Aslina atas kepercayaan & sokongan!? dan atas perkongsian akak yang penuh bermakna❤️

Kak Aslina ada selaput luaran “Pterygium”, sebab banyak kena cahaya matahari yang ada sinaran UV.. ia akan semakin tumbuh ke tengah.. pembedahan buang selaput luaran perlu dibuat sebelum selaput ini tumbuh menutupi anak mata kita

#Multifocal
#FirstTimeMultifocalWearer
#Estee
#DeutschEntwurfMehrLinse