You are currently viewing Cermin Kawalan Rabun Untuk Anak?

Cermin Kawalan Rabun Untuk Anak?

  • Post author:

Aliya (F/13) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu tidak nampak papan hitam papan putih di sekolah dengan cermin mata yang dibuat sini Krismas lalu.

Tahap penglihatan dengan spek lama satu power (Single Vision):
R: 6/18
L: 6/18
Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: -4.25/-1.50×180 (6/6-)
L: -2.00/-2.00×5 (6/6)

Aliya mempunyai anisometropia, perbezaan rabun sebanyak power 200 antara dua mata. Rabun jauh Aliya meningkat 100 dan rabun silau meningkat 050 dalam tempoh 9 bulan. Dalam setahun, kita tak nak lihat peningkatan rabun lebih daripada 075. Bukan sahaja kita nak betulkan penglihatan untuk tengok jauh jelas, kita juga hendak kawal peningkatan rabun agar power anak kita tidak terus meningkat banyak setiap tahun. Kawalan rabun adalah penting kerana semakin tinggi power rabun, semakin panjang bebola mata, maka mata berkali ganda lebih berisiko mendapat kondisi mata seperti “myopic macular degeneration”, “retina detachment”.

Aliya masih minat pada Korea style, dengan bingkai Blossom yang disukainya berserta cermin kawalan rabun Zeiss MyoKids yang mana mata gunakan bahagian bawah cermin bila membaca/tengok hp untuk effect kawalan rabun. Kalau kita baring atas tangan yang diletakkan atas meja, postur ini tidak betul, sebab mata sudah gunakan bahagian atas cermin yang sepatutnya untuk tengok jauh jelas, maka kita sudah tidak mengoptimumkan cermin kawalan rabun ini.

Kawalan rabun atau “myopia control” adalah pemantauan berterusan sekurang-kurangnya sehingga anak kita habis sekolah.. yang memerlukan anak, ibubapa, optometris, doktor pakar mata berganding bahu dalam usaha membawa peningkatan rabun berada bawah kawalan yang terbaik.

Terima kasih En. Rosli dan Aliya atas kepercayaan & sokongan!?