
1) Titmus Fly stereo test – “game” ini adalah ujian saringan mata untuk mengesan masalah penglihatan yang ketara di kalangan kanak-kanak, seperti:
(i) Rabun
(ii) Preskripsi cermin mata yang tidak mencukupi
(iii) Mata malas (mata ada rabun tetapi tidak diberikan kanta pembetulan, dan kondisi ini menyebabkan mata tidak dapat melihat barisan-barisan kecil biarpun diberikan sebarang kanta pembetulan
(iv) Mata juling (mata juling masuk atau juling keluar)Apabila anak-anak tidak dapat lihat satu bola itu yang timbul/naik berbanding tiga bola yang lain, ini bermaksud anak-anak mungkin mempunyai masalah dinyatakan di atas.
2) Oftalmoskop
Bagi tujuan saringan mata kanak-kanak, oftalmoskop digunakan untuk ujian red reflex, kerana sekiranya white reflex dikesan, mata mungkin menghadapi masalah seperti rabun jauh/rabun silau, ataupun patologi mata seperti congenital cataract, retinoblastoma, retinal detachment yang memerlukan pemeriksaan dan tindakan susulan daripada doktor pakar mata. Cahaya oftalmoskop juga digunakan untuk ujian pupil reflex bagi menentukan yang anak mata mengecil apabila cahaya terang ditujukan pada mata
3) Retinoskop & kanta power +2.00
Untuk menilai power rabun mata
4) Occluder
Untuk semak alignment mata dan masalah mata juling

Jommmm main sambil buat ujian saringan mata