Encik Mazali (M/46) datang untuk pemeriksaan mata, bercermin mata gelap & bertopi. Bergaya raya!
Sebelum optometris mulakan pemeriksaan, optometris akan bertanya sama ada mata ada apa-apa komplen tak. Ada mata sakit? Mata gatal? Sakit kepala? Ini penting sebab optometris akan mula cari sebab kepada komplen mata yg telah diberitahu awal itu semasa pemeriksaan mata.
Beliau tak ada rabun jauh, tapi ada rabun silau kuat. Kita ada rabun silau atas dua faktor.
- Faktor pertama ialah faktor genetik, kita ikutkan bentuk mata ibu ayah yang ada rabun silau. Kalau mata yang bentuknya betul-betul bulat, tak ada rabun silau. Sekiranya ibu ayah ada rabun silau kuat, anak berkemungkinan ada rabun silau juga.
- Faktor kedua ialah faktor luaran yang mana kita asyik kuat gosok mata kita. Adakalanya memang sedap nak gosok, terutamanya bila rasa betul penat.. ini ialah tabiat, kita nak gosok sebab rasa sedap mata lepas gosok mata. Tapi gosok mata dengan kuat akan menyebabkan permukaan mata jadi tak rata. Bila cahaya melalui permukaan mata yang tak rata akan dipantulkan cahaya itu ke sana ke sini.. menyebabkan kita rasa sangat silau.. ini namanya rabun silau yang biasa kita kata.
- Ataupun kalau nak gosok tu sebab rasa gatal, boleh gunakan ubat titis mata tiruan untuk bersihkan/lembabkan mata, akan rasa lebih elok, dan kita tak gosok mata. Biarpun kita dah bubuh ubat titis mata, masih rasa betul gatal, boleh berjumpa dengan doktor pakar mata untuk dapatkan ubat alergik mata bagi tahan gatal.
- Ingat untuk dapatkan daripada doktor pakar mata, kerana ubat tahan gatal biasanya mengandungi kandungan steroid, jika digunakan berpanjangan akan rosakkan saraf mata.. dan mata akan buta!
Bab kesihatan mata, beliau yg baru berusia 46tahun sudah ada selaput mata pada kedua-dua mata. Optometris tanya ada sebarang trauma pada mata tak. Si isteri terus jawab ada pernah kena mata masa eksiden. Katarak jenis En. Mazali ini biasanya berikutan adanya trauma pada mata sebelum ini. Katarak tak terus terjadi, tapi apa yang pasti, katarak akan datang lebih awal daripada biasa. Eksiden ada kena mata kanan, sebab itu selaput mata kanan lebih tebal.
Katarak berkaitan dengan beberapa faktor:
- banyak terdedah kepada cahaya matahari/UV
- usia meningkat
- trauma pada mata
- banyak guna ubat yang mengandungi steroid, terutamanya ubat titis mata tahan gatal tanpa pengawasan doktor pakar mata
- ada penyakit kronik ie kencing manis, darah tinggi
- pembedahan mata dahulu
Marilah kita sama-sama pakai cermin mata hitam! En. Mazali sudah punyai cermin mata hitam, sekarang nak buat cermin jauh dekat bertukar gelap bila bawah matahari, dan jadi jernih balik bila takde cahaya matahari/UV. Jommm kita lindungi mata kita. Apa kata anda?
* Encik Mazali betul kreatif dalam jawapannya semasa pemeriksaan mata sehingga tenganga saya hahaha… beliau kata saya semacam cikgu pulak.. betul ke? Komen kat bawah ok tak
#Katarak #SelaputMata
#KeSanaKeSiniPunyaCahayaKitaPanggilSilau