You are currently viewing ALYIA MARISSA MOHD HELMI

ALYIA MARISSA MOHD HELMI

  • Post author:

Alyia (F/10) datang untuk pemeriksaan mata, ayah En. Helmi mengadu Alyia banyak kelip mata semasa hadap hp. Bila hadap hp lama, ayah ada perasan mata kiri Alyia cenderung gerak masuk ke arah hidung.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/6
L: 6/7.5+

Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.75 (6/6) [R: mata kanan dominan)
L: +1.50 (6/6)
Alyia suka +1.25 bila lihat dengan dua belah mata

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Penglihatan 3D (Random Dot 3S)
12.5″
(normal value: 12.5″)

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
NMD @ jauh & dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP small recovery)

Pemeriksaan Alignment Mata (Howell Card)
Jauh: 3 EP
Dekat: 0 – 1 EP
+1.00 Dekat: 4 -> 6 -> 2 -> 4 XP
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards

Alyia ada rabun hiperopia dengan power tanda “+”, rabun yang boleh dibetulkan oleh mata jika kita tidak pakai cermin mata. Mereka yang ada power hiperopia, terutamanya selepas hadap dekat lama, akan mengadu tengok dekat kabur. Kalau paksa lagi tengok dekat, akan komplen sakit kepala. Bukan sahaja mata kena kerja keras untuk auto-betulkan rabun hiperopia pada jauh, bila tengok dekat, mata dikerahkan lagi untuk auto fokus tengok dekat. Bila hadap hp/komputer lama tanpa rehat, mata kerja berlipat ganda.. ini boleh menyebabkan kita sakit kepala.

Alyia dikatakan banyak kelip mata terutamanya bila tengok dekat, kelip mata ialah untuk kita fokuskan kembali penglihatan yang mungkin sudah kabur bila tengok hp/komputer lama. Sekiranya anak-anak kerap kelip mata/kecilkan mata, bawalah anak-anak untuk pemeriksaan mata dengan optometris.. anak mungkin ada rabun.

Ikutkan power hiperopia macam Alyia, biar Alyia pakai cermin mata sepenuh masa untuk bagi mata relek. Mata kirinya bergerak masuk ke arah hidung kerana power hiperopia yang tinggi, yang perlukan mata fokus lebih kuat untuk tengok jelas. Bila pakaikan cermin mata dengan power hiperopia optimum, mata relek saja, tak payah kerja keras, maka mata kekal di posisi tengah bersantai riang ria dan tak ada juling masuk.

Biasanya, untuk kanak-kanak yang belum pernah pakai cermin mata, kalau penglihatan optima tidak dapat dicapai selepas pemeriksaan, kita akan rujuk untuk cycloplegic refraction (bubuh ubat titis mata untuk lumpuhkan otot mata buat sementara untuk kita dapatkan power mata sebenar) kat klinik pakar mata. Otot mata kanak-kanak yang sangat kuat boleh menyelubungi power mata sebenar anak-anak kita terutamanya zaman sekarang di mana penglihatan kita lebih pada fokus dekat.

Kebelakangan ini, ramai mengadu kabur penglihatan tengok hp/komputer. Kalau kebiasaan tengok jauh jelas & tak pakai spek, kebanyakkan sebenarnya ada power hiperopia, biasanya tak ada komplen kabur sebab mata relek saja. Bila kita banyak tengok dekat pada hp, mata kerja keras fokuskan untuk dekat, maka penglihatan jadi kabur. Selepas kita ambil rehat (tak tengok hp), biasanya kita beransur pulih & tak kabur sudah. Bila mata terdesak sangat, otot mata boleh menjadi kejang, di mana otot mata tidak dapat direhatkan semula. Ini menyebabkan penglihatan jauh pun jadi kabur & sakit kepala meragam. Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan “proper visual hygiene” dalam masa kita hadapi pandemik & aliran masa dengan teknologi digital masa kini.

  1. Peraturan 20-20-20 (selepas 20minit tengok hp, pandang jauh sejauh 20 kaki, selama 20saat – untuk otot mata kita ambil rehat dari kerja)
  2. “Harmon distance” (jarak siku antara hp dengan mata) – jarak yang lebih dekat akan menyebabkan mata kena fokus lebih kuat & penatkan mata
  3. Pencahayaan yang mencukupi – sebab bila tak cukup cahaya akan kita pegang hp dengan lebih dekat
  4. Postur duduk yang baik – supaya jarak siku Harmon distance dapat kita amalkan

Manakala

Shary (M/5) adik Alyia telah kita rujuk untuk cycloplegic refraction. Adik beradik ada sejarah keluarga dengan power hiperopia.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/9-
L: 6/12-

Pemeriksaan menunjukkan:
R: PL/-1.00×170 (6/9) N5@33cm
L: PL/-1.00×10 (6/9) N5@33cm

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Penglihatan 3D (Random Dot 3S)
100″
(normal value: 12.5″)

Ibu Alyia (F/30) mengadu mata penat & kadang kala pening sakit kepala selepas hadap hp/komputer semasa PdPR bersama anak-anak.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/6
L: 6/6

Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.25 (6/6) (+1.00 blur lens test 6/7.5+)
L: +0.25 (6/6) (+1.00 blur lens test 6/7.5) [L: mata kiri dominan)
Ibu lebih suka buka cermin untuk tengok jauh

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
NMD @ jauh & dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP small recovery)

Pemeriksaan Alignment Mata (Howell Card)
Jauh: 1 EP
Dekat: 1 – 3 EP
+1.00 Dekat: 0 – 1 EP
Tak pakai cermin Dekat: 3 – 5 EP
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards

Ibu Alyia ada power hiperopia juga, bila kita banding pasang cermin dengan buka cermin, beliau lebih suka buka cermin. Ini kita tahu mungkin mata dalam keadaan tegang sikit, sebab mata tolak kanta pembetulan hiperopia yang sepatutnya relekkan mata. Ibu Alyia juga mengadu sakit kepala selepas hadap hp/komputer lama, ikutkan alignment mata bila tengok dekat tanpa cermin.. kita dapat tahu matanya bergerak masuk banyak pada 3 – 5 EP menyebabkan tegang otot – ini boleh memberikan kita sakit kepala.