You are currently viewing Tengok Jauh Kabur & Silau?

Tengok Jauh Kabur & Silau?

Putri (P/16) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu tengok jauh kabur & silau, tengok dekat okay & tak ada sakit kepala.

Pemeriksaan menunjukkan power:

R: -0.75/-0.50×90 (6/6)
L: -0.75/-1.50×90 (6/6)

Putri ada spek tapi tak bawa sekali semasa pemeriksaan. Bila hadir ambil spek, Putri bawakan spek lamanya yang setahun lebih & power lama:

R: PL/-0.50×90
L: PL/-1.00×90

Ini menunjukkan peningkatan rabun jauh miopia 075. Dalam setahun, kita nak peningkatan rabun jauh tak melebihi 075. Kalau rabun jauh meningkat power 100 dalam setahun, 10 tahun sudah cecah 1000. Bebola mata yang rabun jauhnya tinggi adalah lebih panjang. Rabun jauh miopia tinggi tak elok untuk mata kerana bebola mata yang panjang mempunyai risiko lebih tinggi dapat penyakit mata berkaitan dengan miopia seperti “myopic maculopathy”, “retina detachment”.

Bebola mata yang panjang seumpama belon, semakin besar belon, risiko pecah atau dalam erti mata, risiko dapat penyakit mata berkaitan miopia semakin tinggi.

Putri ambik bingkai Korea style, saiz yang memang besar dengan bentuk bingkai empat segi yang trending sekarang dengan cermin putih. Cermin putih dengan lapisan pelindung cermin yang licin, supaya cermin tak senang lekat habuk & cap jari, maka lebih senang jaga cermin.

Marilah kita sama-sama jaga mata dengan:
1) Ambil rehat antara kerja dekat/komputer dengan amalkan peraturan 20-20-20
– lepas 20 minit hadap komputer/hp, kita tengok jauh sejauh 20kaki, selama 20saat.. untuk relekkan mata kita
2) Pakai spek seperti yang disarankan oleh juruoptik
3) Tidak tengok hp dengan dekat (amalkan jarak Harmon)
4) Pastikan pencahayaan yang cukup / mesti buka lampu tengok hp
5) Tidak gosok mata
6) Postur yang betul / tidak baring tengok hp
7) Guna ubat titis mata tiruan / pelembap mata bila mata kering/gatal
8) Ergonomik tempat kerja yang sesuai
9) Pemeriksaan mata berkala setiap 6 bulan

Terima kasih Putri & sekeluarga atas kepercayaan & sokongan?

#Miopia
#Myopia