Lalli (P/21) datang untuk pemeriksaan mata, tak pernah pakai cermin mata & tak ada apa-apa komplen pada mata bila ditanyakan oleh optometris.
Pemeriksaan mata menunjukkan bahawa Lalli ada rabun jauh -175 pada kedua belah mata. Beliau sudah boleh memandu, dan memang kena pakai spek untuk memandu. Bila memandu, kita nak tengok terang semua untuk keselamatan. Tapi, beliau mesti pakai spek sentiasa sekarang.. sebab power rabun jauh sudah nak mencecah 200, memang mesti pakai selalu.
Beliau selalu kecilkan mata untuk lihat. Kecilkan mata ialah tanda ada rabun jauh. Bila mata dikecilkan, ia umpama “pinhole effect” – mata lihat melalui satu lubang kecil… keadaan ini kurangkan cahaya silau yang dibenarkan masuk mata, sekaligus penglihatan tanpa semua cahaya silau ini akan kita nampak terang sikit. Tapi, selalu kena kecilkan mata untuk tengok terang sikit, akan penatkan mata, berpanjangan nanti mengundang sakit kepala. Sebab itu, kita mesti dapatkan pemeriksaan mata untuk ketahui status terkini mata kita. Bagikan mata dalam keadaan paling optimum, ada rabun jauh bagi power betulkan rabun jauh, ada kering bagi lembabkan dengan air mata palsu, ada otot mata lemah kurang stamina mata kita bagi power untuk sapot tengok dekat…. bila semua setel – mata sedap selesa & kita jelas jelita! Amboi… oopss ada lagi.. jejaka pula betul bergaya!
Kita suka sarankan pemeriksaan mata setahun sekali untuk semua dewasa & pemeriksaan mata 6 bulan sekali untuk kanak-kanak & remaja. Kita akan sediakan surat rujukan kepada doktor pakar mata sekiranya pemeriksaan lanjutan diperlukan.
Marilah kita sama-sama ketahui status terkini mata kita. Jommmmm cek mata! Aunty Chaw sudah cek mata, siapa belum? Jom komen kat bawah????