You are currently viewing 3 Sebab Anda Kecilkan Mata

3 Sebab Anda Kecilkan Mata

3 Sebab Anda Kecilkan Mata

1. Rabun jauh dan/atau rabun silau 

Bila tengok jauh, kena kecilkan mata baru nampak, ini sebab ada rabun jauh dan/atau rabun silau. Bagi mata yang tak dibetulkan rabun terutamanya rabun silau, banyak cahaya masuk yang dipantulkan ke sana ke sini dalam mata, dan sebab itu bila mata dikecilkan, kurang cahaya silau & cahaya ditumpukan masuk ke dalam mata, maka ianya umpama lebih terang

  • atasi dengan pakai cermin dengan power rabun anda

2. Mata kering

Bila permukaan mata kering, kita rasa mata pedih, maka akan kita kecilkan mata untuk mengurangkan permukaan mata daripada terdedah kepada hawa dingin, kebiasaannya

  • atasi dengan alihkan tempat duduk atau hawa dingin daripada terus menghala mata
  • guna ubat titis mata tiruan untuk lembabkan mata

3. Cahaya yang terlampau

Kita sering kecilkan mata bila bawah cahaya matahari kuat, sebab pencahayaan melampau menyebabkan mata tidak selesa & banyak cahaya pantulan dari permukaan bersinar ie. jalan raya, permukaan kereta yang sakitkan mata kita 

  • atasi dengan memakai cermin mata hitam, mata lebih sejuk & usah kecilkan mata dan mata riang ria

_______________________________________

Jommm kita ikuti cerita kak Puspavalli yang juga selalu kecilkan mata beliau. Kenapa?

Kak Puspavalli (F/52) datang ke premis untuk pemeriksaan mata, mengadu sering sakit kepala, kebelakangan ini lagi teruk. Bila tengok jauh, mata kena kecik baru nampak. Bila tengok hp, selalu sakit kepala.

Ikutkan usianya, beliau patut kena pakai cermin membaca bila tengok dekat. Biasanya, bila kita mencecah usia 40-an, kita sudah ada rabun dekat, di mana mata mula jadi kurang fleksibel auto-fokuskan untuk tengok dekat. Bila kita pakai kanta, biar kanta yang buat kerja auto-fokus untuk kita nampak, daripada paksakan mata kita kerja kuat untuk auto fokuskan bagi kita tengok dekat, tak paksa mata kerja keras, mata relek, mata syok, maka tak ada sakit kepala… yayyyyyy

Bila beliau tengok jauh, kena kecilkan mata baru nampak, ini sebab ada rabun jauh dan/atau rabun silau. Bagi mata yang tak dibetulkan rabun, banyak cahaya masuk yang dipantulkan ke sana ke sini dalam mata, dan sebab itu bila mata dikecilkan, kurang cahaya silau, maka ianya umpama lebih terang, seperti yang kita ceritakan di atas tadi

Siapa sini yang selalu kena kecilkan mata untuk tengok?

Sila masuk premis untuk pemeriksaan mata taw 😉

#KecilkanMata