Pemeriksaan mata telah dijalankan di praktis 88 Optometry minggu lepas & minggu ini. Seramai 40 remaja yang merasakan penglihatannya kurang nampak telah datang untuk pemeriksaan mata & 32 orang memerlukan pemakaian cermin mata. 14 pasang cermin mata telah siap & diberikan kepada pihak Pengelola. Terima kasih kepada pihak Pengelola atas peluang yang diberikan ini😊
Antara isu ketara yang telah dikenalpasti ialah:
1) rabun silau
– ramai anak-anak yang sedap gosok mata maka mempunyai rabun silau kuat (seperti yang telah saya kongsikan di paparan saya sebelum ini)
2) rabun jauh
– ramai juga yang ada rabun jauh kuat tapi tak pakai kanta pembetulan
– bila tak pakai kanta untuk betulkan rabun, otot mata kena kerja keras untuk bantu tengok jelas kat jauh & bila otot mata sudah penat, anak lagi hadap komputer/hp/buku lama.. kena kerahkan otot mata untuk bantu kita auto fokus tengok dekat pula.. tengok jauh, tengok dekat jadi kabur & otot mata stress sangat.. maka anak akan mengadu sakit kepala/pening/mengantuk
– rabun jauh kena betulkan dulu, mata baru relek.. lepas tu bila mengulangkaji pelajaran akan cukup stamina untuk belajar lama
3) stamina mata tak cukup
– stamina mata ialah umpama stamina badan semasa kita berlari.. bila kita berlari, kita kena ada stamina yang cukup baru kita boleh berlari kan…
– sama dengan mata kita.. mata kena ada stamina mata yang cukup baru kita boleh tengok dekat/belajar lama.. bayangkan… otot mata sudah kerja keras untuk bantu tengok terang kat jauh(sebab tak pakai cermin untuk rabun), maka tidak cukup stamina mata lagi untuk belajar lama
Mata kita semulajadinya boleh relekkan otot untuk tengok jauh & auto-fokus kat dekat bila tengok dekat.. untuk membantu kita melihat, mempelajari & menjadi insan yang baik setiap hari
Maka, marilah kita sama-sama menyayangi mata dengan:
1. tidak gosok mata
2. pakai cermin mata seperti yang dinasihatkan oleh juruoptik
3. pencahayaan yang cukup bila tengok dekat
4. postur yang betul bila tengok dekat
5. peraturan 20-20-20
6. pemeriksaan mata berkala
– setiap 6 bulan bagi kanak-kanak
– setiap tahun bagi warga emas & dewasa
Chaw optometris
88 Optometry
Â