You are currently viewing NAAGARAJAN RAVICHANDRAN

NAAGARAJAN RAVICHANDRAN

  • Post author:

Naaga (M/26) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu kabur tengok jauh, tengok dekat okay.. dan adakalanya migraine belah kiri. Beliau pakai spek untuk tengok TV & memandu saja, lain masa tak pakai spek. Bila hadap hp, beliau rasa lebih selesa buka spek. Speknya sudah hilang 1minggu lalu.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/30-
L: 6/45-

Penglihatan dengan power spek:
R: -1.50 (6/6) [+1.00 blur lens test 6/12-]
L: -2.25 (6/6) [+1.00 blur lens test 6/12-]

Pemeriksaan menunjukkan:
R: -1.50 (6/6) [+1.00 blur lens test 6/12-] [R: mata kanan dominan] R=L
L: -2.25 (6/6)  [+1.00 blur lens test 6/12-]
Near: R>L (adding +0.25/+0.50/+0.75 on left eye: still R>L)

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
NMD @ jauh 
small XP, fast to moderate recovery @ dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP fast recovery)

Pemeriksaan Alignment/Postur Mata (Howell Card) by 6^ Base Down on Right eye
Jauh: 0 – 2 XP (bahagian biru)
Dekat: 8 – 10 XP (bahagian biru)
-1.00 Dekat: 4 – 6 XP (bahagian biru)
(normal value: 0 – 1 EP or 0 – 3 XP @Jauh & 0 – 6 XP @Dekat)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards

NPC (Convergence/Penumpuan – ability of eye to maintain a single clear near image) by RAF rule
8/10cm, 9/11cm, 9/11cm, 8/10cm, 8/10cm
(normal value: less than 10cm or to the nose, TTN)
– Semasa ujian berulang(seperti kita hadap hp lama), penumpuan nampaknya ada turun, tapi bila betul2 kerahkan mata, beliau masih dapat nampak di bawah 10cm
Jump Convergence
– left eye deviates out @around 10cm after 2 rounds
(mata kiri tak terdaya & tercicir ke luar)

AA (Accommodation/Focusing – eye stamina/ability of eye to focus & sustain seeing near clearly) by RAF rule 
R: 25 YO, 25 YO, 25 YO
L: 30 YO, 23 YO, 23 YO, 23 YO
(normal value: AA/usia mata ikutkan usia – YO=years old)
– Untuk mata kiri, bila memang fokus habis2, beliau masih boleh capai tahap usianya.. tapi adakah kita selalu kena fokus kuat untuk lihat jelas? Mata akan senang penat & mata berair
– Semasa pemeriksaan, kita nak mata anda relek seperti biasa untuk kita dapatkan keputusan yang betul2 bagitahu kita keadaan mata anda sebenar

NRA (accommodation analysis – ability to relax accommodation with plus lenses)
+1.00
(normal value: +1.50 to +2.50)

PRA (accommodation analysis – ability to stimulate accommodation with minus lenses)
-2.50
(normal value: -1.37 to -3.37)

MEM (Accommodation lag – to measure accommodation response seeing near target)
R: +0.25
L: -0.25
(normal value: +0.25 to +0.75)

Facility (Accommodation facility – ability to change focus: far to near or near to far) by Flipper +/- 1.00 held at 30cm
BE: 10 cycle per minit(cpm), difficult plus lens(kanta pertama)
R: 15 cycle per minit(cpm), difficult plus lens(kanta pertama)
L: 19 cycle per minit(cpm), difficult plus lens(kanta pertama)
(normal value: 1 cycle = 2 perkataan dibaca
Monocular or R/L: 6cpm to 16cpm
Binocular or BE-both eyes: 4cpm to 14cpm)

Naaga ada rabun jauh 150 & 225, rabun sebegini sepatutnya pakai spek setiap masa. Bila tak pakai spek bagi betulkan rabun, sistem mata lebih tertekan. Tengok jauh kabur.. mata cuba fokuskan supaya penglihatan jadi sebaik mungkin.. di mana mata sepatutnya rehat goyang kaki tengok jauh.. dan hanya kerja untuk fokuskan tengok dekat. Sekarang nak kena fokus jauh nak kena fokus dekat, fokus sana sini.. alamak.. firing untuk fokusing menjadi kejang.. dan tidak dapat direhatkan balik untuk mata kiri Naaga – ini kita dapat tahu daripada keputusan MEM -0.25 & NRA +1.00 yang rendah – menunjukkan mata susah untuk direhatkan dengan kanta plus lens.

Mata kita semulajadinya berupaya untuk kerahkan fokusing kita ke tahap PRA -3.37 & relekkan fokusing kita ke NRA +2.50.. tapi kenapa pula mata hilang keupayaan ini atau keupayaan ini merosot?

Orang muda sepatutnya tak akan rasa buka spek hadap hp lebih selesa, kalau kejadian ini berlaku, ini indikasi kepada beberapa perkara:

  1. usia/stamina mata yang mungkin rendah
  2. boleh berkaitan dengan convergence/penumpuan yang rendah, bila convergence rendah, mata akan kerahkan fokusing mata untuk kekalkan penumpuan bagi kita tengok jelas, ataupun sebaliknya
  3. power spek sudah lari
  4. sistem mata sudah berterabuh/haywire

Oleh sebab itu, kita selalu sarankan: 1st step paling penting – betulkan rabun dulu.. biar mata berfungi dalam keadaan optimum.. selepas itu, kalau dah okay semua, bagus.. kita setel dah.. kalau ada lagi isu lain berkenaan dengan fokusing atau penumpuan atau alignment/postur mata, kita akan semak & kita usahakan bersama.

Sekiranya kita tak nak pakai spek, bagi kita tahu.. kita cuba alternatif lain.. mesti ada cara untuk kita betulkan rabun supaya mata senang lenang – ikut gaya hidup, citarasa & pilihan anda. Janji betulkan rabun, relekkan mata.. sebab mata memang takda masalah.. hanya sebab kita tak betulkan rabun.. mata dibebankan berlebihan.. maka timbul komplen mata. Ramai yang tak terdaya untuk melihat jelas disebabkan oleh penyakit mata.

Marilah kita sama-sama menyayangi mata kita dengan jadualkan pemeriksaan mata.. hanya perlu kita prihatin pada mata kita yang bertungkus lumus 365/24/7 dalam nyalakan deria kita & tambahkan perisa kehidupan yang sentiasa mengujakan! Bukan dukakan ye ^^

Jommm kita bagi mata kita terserlah nampakkan senyum manis setiap masa.. hanya dengan betulkan rabun mata kita! Senang kan!?