Anis (F/21) datang untuk pemeriksaan mata selepas satu tahun, lapisan pelindung cermin sudah rosak sebab Anis meniaga, selalu kena hadap sup panas. Lapisan pelindung cermin/coating ini banyak sensitif pada: 1) haba panas / tertinggal dalam kereta panas – yang menyebabkan coating tanggal/rosak, 2) bahan kimia macam syampu, hair spray, minyak wangi – yang meninggalkan kesan bintik-bintik pada coating, ataupun 3) dibiarkan cermin kering sendiri/air dry (selepas cuci dengan air) juga menjadikan adanya kesan tompok air pada lapisan coating ini.
Penglihatan dengan cermin mata:
R: PL/-2.00×180 (6/9-)
L: PL/-2.00×180 (6/18-)
Pemeriksaan mata menunjukkan: (binocular refraction)
R: +0.50/-3.50×180 (6/6) N5@40cm
L: +1.50/-5.50×180 (6/9-) N6@40cm
Pemeriksaan lain menunjukkan:
Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
Left eye Exotropia @Distance & Near
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected or small XP fast recovery)
EP = Esophoria is misalignment of eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of eye, eye is deviated outwards
Exotropia = constant outwards position of eye
Esotropia = constant inwards position of eye
Pemeriksaan Penglihatan 3D (Titmus Fly)
400″
(normal value: 20″)
Mata kanan Anis tengok jelas sikit berbanding mata kiri yang kuat rabun silau. Gangguan penglihatan kabur dari mata kiri menyebabkan mata ini ditendang keluar, otak tak nak proses penglihatan kabur mata kiri yang mengganggu penglihatan elok pada mata kanan. Sebab itu, beliau ada mata kiri juling keluar. Juling akan menyebabkan kita hilang persepsi 3D yang hanya terhasil bila kedua-dua mata nampak sesuatu dengan jelas pada masa yang sama.
Mata kiri Anis ada mata malas/ambliopia di mana penglihatan jauh & penglihatan dekat ada kurang. Anis pakaikan power optima selama 4-6minggu, dan kita semak semula dan cuba usahakan.
Jikalau pemakaian cermin mata dapat membantu kita lihat dengan jelas, begitu bagus sekali! Tetapi apakah daya kita.. bila kita pakaikan cermin mata, penglihatan jelas sudah tidak dapat dikembalikan?
Penglihatan jelas untuk kedua belah mata adalah amat penting.. yang selalu kita tekankan.. hanya dengan dapatkan pemeriksaan mata terutamanya kanak-kanak, sebab masalah mata yang dikesan awal masih boleh dipulihkan dan hasil/keputusannya sangat memberangsangkan.
Marilah kita sama-sama menyayangi mata dengan mendapatkan pemeriksaan mata. Jommm??