Im (M/15) datang untuk pemeriksaan mata untuk buat cermin mata baru.
Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: -5.00/-1.00×15 (6/6)
L: -4.50/-1.00×15 (6/6)
Im ada rabun jauh 500 & 450 dan juga rabun silau 100. Power Im ada tinggi juga, dan rabun jauh masih boleh meningkat zaman remaja ini. Lebih-lebih lagi dengan pengajaran & pembelajaran secara talian yang mana anak-anak kita cenderung hadap tablet/komputer musim ini, di samping juga meluangkan masa lapang bermain games serta melayari pelbagai media sosial zaman digital ini.
Berhadapan dengan norma baharu ini, sekiranya ibubapa ada nampak tanda-tanda rabun ataupun dengar anak-anak komplen:
- perkataan dalam buku
- kabur
- menjadi besar dan kemudian jadi kecil
- berbayang / melayang dan menyebabkan mengantuk
- sakit kepala / pening
- mata rasa penat
- anak selalu kelipkan mata
- anak ambil hp dekat sangat dengan mata
- anak tengok tv dekat dengan tv
- selalu gosok mata
- kecilkan mata untuk lihat
- tutupkan satu mata untuk lihat
- kadang-kala perasan satu anak mata juling keluar
- perasan kedudukan dua anak mata tidak simetri
- mata kering / pedih
- dll
Adanya mana-mana tanda seperti di atas, boleh bawa anak berjumpa dengan optometris untuk pemeriksaan mata. Memang tak semak, kita tak tahu. Ikut naluri ibu ayah sendiri, kalau rasa ada yang tak kena, memang itulah petanda yang membuat kita berikhtiar & bertanya. Apa salahnya kita bertanya kan… jom kita muka tebal bertanya^^
Mata kita ada dua sistem yang utama, yakni Vergence (Pertumpuan) dan Accommodation (Fokus). Mata kita ada reserve power untuk bolehkan kita tumpu & fokus membantu kita lihat. Bila adanya tanda-tanda seperti di atas, ini mungkin bermaksud yang mana-mana satu sistem mungkin menjangkaui batasan reserve power sedia ada. Sebab itu, bila adanya komplen, kita akan semak lebih.. seperti yang telah dikongsikan dalam perkongsian-perkongsian sebelum ini. Reserve power yang bagus bermaksud sistem mata adalah fleksibel, walaupun di bawah permintaan visual tinggi (seperti hadap komputer seharian pun), mata elok & tak ada komplen. Manakala reserve power yang berada bawah tahap normal value, ini lebih memberikan stress pada mata maka dimanifestasikan sebagai komplen. Setiap mata & setiap orang adalah berbeza. Kita kena semak baru kita akan tahu.
Im ada rabun jauh & rabun silau dengan kesihatan mata yang elok. Biasanya, kita tidak akan semak kesemua komponen mata sebab memang banyak ujian mata yang ada. Sebab itu, kita akan berlandaskan pada komplen mata & buat ujian tertentu sahaja untuk kita dapatkan jawapan/diagnosis kepada komplen mata anda. Itupun sudah ambil masa yang lama, belum lagi pilih bingkai & cermin. Hehe.. Sistem temujanji ini penting supaya kita dapat buat pemeriksaan yang terbaik untuk anda, dan juga ikutkan SOP ketika ini.
Im minat bingkai transparent Mardvlas ini yang dipasangkan dengan cermin tapis biru ILT Beyond420.
Terima kasih Im & kak Malinda atas kepercayaan & sokongan?