Tihany (F/6) dibawa oleh mama Malinda untuk pemeriksaan mata, sebab perasan anak suka nak gosok mata, dan tak ada sebarang alahan/alergi atau resdung.
Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: +0.25/-1.50×180 (6/7.5-)
L: PL/-1.50×180 (6/7.5-)
Tihany ada rabun silau 150, dengan tahap penglihatan 6/7.5- ada kurang sikit. Tihany tak pernah pakai cermin mata, biasanya selepas pemakaian cermin mata sepenuh masa akan capai penglihatan optima 6/6. Biasanya, anak-anak yang suka gosok mata & juga kecilkan mata untuk lihat.. ini adalah tanda rabun silau. Rabun silau yang tak dibetulkan boleh menyebabkan mata malas. Mata kata “memang pun saya tak berapa nampak, okay takpayah lah saya kerja untuk tengok jelas” maka mata jadi semakin malas. Lagi tinggi power mata yang tak dibetulkan, lagi teruk mata malas, lagi banyak yang tak nampak pada barisan-barisan kecil.
Apabila anak-anak mula persekolahan, adalah bagus untuk buat pemeriksaan mata berkala setiap 6 bulan sekali, setahun sekali pun jadi. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan PdPR sekarang yang perlukan anak-anak hadap tablet/komputer untuk tempoh masa berpanjangan, ini boleh mengundang kepada peningkatan miopia/rabun jauh.
Fasa PdPR ini mungkin berlanjutan sehingga akhir tahun.
Jom kita ambil tahu “proper visual hygiene” dalam memastikan rabun anak-anak tak naik banyak nanti: apa yang kita acronymkan sebagai –
SARANGHAE our eyes
S : sit up to see phone/read
A : annual eye examination/follow up
R : regular breaks (20-20-20 rules)
A : adequate/enough lighting
N : NO eye rubbing
G : glasses – wear your glasses as advised
H : hold reading material/hp at Harmon distance
A : artificial tears eye drops (dry eyes/itchy/uncomfortable)
E : ergonomic of work desk & proper posture
Andai anak-anak kita sudah bersebati dengan semua proper visual hygiene ini, memang faham & peka buat, woahhh bagus kan.. tak payah kita risau tentang peningkatan rabun setiap tahun?
Aunty akan berleter SARANGHAE ini setiap kali jumpa anak-anak, sampai anak amalkan proper visual hygiene ni sampai dapat haha
Miopia/rabun jauh semakin “berleluasa” dalam era globalisasi sekarang.. hanya dengan anak-anak, anda dan saya bekerjasama dapat kita pastikan kesihatan mata yang optima buat anak-anak kita semua.
Kawalan miopia (Myopia control) bermula dari anda & saya… bersama❤️
Tihany suka bingkai flexible Dora-Dora warna pink dipasangkan dengan cermin tapis biru.
Nanti kita follow up balik tahap penglihatan Tihany selepas pemakaian cermin mata full time selama 4-6minggu.
Terima kasih Tihany & kak Malinda atas kepercayaan & sokongan?
* Kemaskini
Follow Up 6bulan
Penglihatan dengan cermin mata
R: +0.25/-1.50×180 (6/6-)
L: PL/-1.50×180 (6/6-) BVA 6/6
Pemeriksaan Penglihatan 3D (Random Dot 3S)
12.5″
(normal value: 12.5″)
Pemeriksaan Alignment Mata/Vergence (Cover Test)
NMD @Distance
NMD @Near
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected or small XP fast recovery)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards
Pemeriksaan Alignment Mata (Howell Card)
Distance: 0
Near: 0
(normal value: 1 EP-0 or 0-3 XP @Distance & 0-6 XP @Near)
EP = Esophoria is misalignment of the eye, eye is deviated inwards
XP = Exophoria is misalignment of the eye, eye is deviated outwards
NRA (accommodation analysis – ability to relax accommodation)
+2.00
(normal value: +1.50 to +2.50)
PRA (accommodation analysis – ability to stimulate accommodation)
-2.50
(normal value: -1.37 to -3.37)
Tihany capai penglihatan 6/6 dengan penglihatan 3D yang optimum selepas pemakaian cermin mata. Alignment & focusing mata pun bagus!
Kita akan jumpa Tihany untuk follow up setiap 6bulan.