You are currently viewing Mata Kering Sebab Kelenjar Minyak?

Mata Kering Sebab Kelenjar Minyak?

  • Post author:

Hendry (F/33) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu silau.

Pemeriksaan mata menunjukkan:
R: -0.25/-0.75×10 (6/6)
L: -0.25 (6/6)

Rabun jauh Hendry sikit saja 025 sama untuk dua belah mata dan beliau ada rabun silau 075 sebelah mata kanan. Rabun silau yang tak dibetulkan boleh menyebabkan penglihatan jadi silau terutamanya bila kena cahaya matahari. Apabila kita semak kesihatan mata, kita dapati kelenjar minyak mata ada yang tersumbat, keadaan ini dinamakan Meibomian Gland Dysfunction, MGD. Mata kita perlukan lapisan minyak di permukaan mata supaya air mata tak tersejat. Bila kelenjar minyak ada tersumbat, dan tak cukup bekalan minyak, maka air mata semua tersejat dan mata mulai rasa kering. Mata juga mungkin nampak merah bila mata kering.

Untuk mengatasi masalah mata silau disebabkan mata kering MGD ini, kita boleh buat terapi “warm compression”.

  1. ambil tuala muka dibasahi dengan air panas (tak terlalu panas sampai lecur muka – sebab kita nak haba panas bagi lembutkan minyak yang tersumbat dalam kelenjar)
  2. tuala muka panas diletakkan atas mata untuk beberapa minit (macam buat mask)
  3. ambil sudu makan besi dimasukkan dalam air panas (kita nak haba panas pada sudu untuk kita urut pada mata)
  4. urut mata secara menegak dengan bahagian belakang sudu yang kembung, dari atas ke bawah untuk bahagian atas kelopak mata dan dari bawah ke atas untuk bahagian bawah

Bila kelenjar minyak kembali sihat dengan bekalan minyak yang stabil, maka mata riang ria semula☺️

Ataupun kita boleh supplemen dengan pelembap mata yang bekalkan minyak & air mata tiruan yang boleh kita dapat dari farmasi. Tapi, ini tidak atasi masalah mata kering, ini hanyalah relief sementara untuk gejala mata kering yang dihadapi itu saja.

Untuk masalah mata kering berkaitan MGD ini, sekiranya mata sering kering & merah ataupun ada keradangan MGD, dan memang mengganggu penglihatan, bolehlah berjumpa dengan doktor pakar mata untuk pemeriksaan yang teliti bagi menangani masalah mata kering dari akar umbi. Ada supplemen macam Omega 3 Fatty Acid yang kita boleh dapat juga dari doktor pakar mata sekiranya dinasihatkan.

Gumpalan MGD

Hendry dapatkan Armani Exchange bingkai transparent hitam yang diminati ramai sekarang dan dipasangkan dengan cermin auto tukar gelap Hoya Nulux Sensity Grey.

Gembira dengar yang Hendry kata beliau rasa mata lebih selesa selepas buat warm compression tapi jarang buat sekarang sebab anak sering tarik tuala muka haha.. anak ingatkan papa nak main Peekaboo dengannya?

Terima kasih Hendry & isteri atas kepercayaan & sokongan? Teruskan perjuangan warm compression ya?