You are currently viewing Sangat Silau Tengok Hp Bawah Matahari?

Sangat Silau Tengok Hp Bawah Matahari?

  • Post author:

Zen (M/35) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu pening & sangat silau terutamanya bila cahaya matahari terik, nak tengok hp memang payah.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/6
L: 6/6

Pemeriksaan menunjukkan:
R: PL/-0.50×180 (6/6)
L: PL/-0.50×180 (6/6)
Add: +0.75 (N5@40cm)

Pemeriksaan lain menunjukkan:

Pemeriksaan Alignment Mata (Cover Test)
Orthophoria (normal) @ jauh & dekat
(normal value: orthophoria/NMD-No Movement Detected atau small XP small recovery)

Pemeriksaan Penumpuan (NPC – kebolehan mata dalam kekalkan satu imej tunggal yang jelas) by RAF rule
8cm, 8cm, 8cm
(normal value: <10cm)

Pemeriksaan Stamina Mata (AA – kebolehan mata memfokus & mengekalkan satu imej dekat dengan jelas) by RAF rule
R: 14cm, 14cm, 14cm
L: 14cm, 14cm, 14cm
(normal value: 14cm untuk 35tahun)

Kebolehan relekkan fokus mata (NRA)
+1.25
(normal value: +1.50 hingga +2.50)

Kebolehan kerahkan fokus mata (PRA)
-0.50
(normal value: -1.37 hingga -3.37)

Kebolehan mata dalam menukar fokus (Facility) by Flipper +/- 2.00
R: 1/2 cycle per minit(cpm) – difficult with plus & minus lens
L: 1/2 cycle per minit(cpm) – difficult with plus & minus lens
BE: 1/2 cycle per minit(cpm) – difficult with plus & minus lens
– hanya dapat bacakan perkataan pertama sahaja dengan plus lens & tidak dapat jelas & nampakkan perkataan seterusnya dengan minus lens
(normal value: 6cpm hingga 16cpm)

Respon fokus mata pada target dekat (MEM)
R: +0.75
L: +0.75
(normal value: +0.25 hingga +0.75)

Zen tengok jauh ok, rabun silau pun sikit sahaja. Kenapa pula beliau komplen silau sangat, yang mana beliau memang tekankan komplen ini. Kerja beliau seringkali berada bawah matahari, bila tak dapat tengok hp, memang susah nak kerja. Bila kita semak untuk tengok dekat & masukkan Relax power +0.75 terus beliau laung cantik sebab ada nampak perbezaan yang ketara lebih jelas. 

Nilai PRA Zen sangat rendah, bila tengok dekat yang kena kerahkan fokus mata untuk tengok dekat jelas, memang kebolehan mata ini ada kurang, maka mata rasa macam tak berdaya nampak, seolah-olah sangat silau. 

Bila kita bagikan Relax power +0.75, ia umpama bawa nilai PRA jadi -1.25, menjadi normal, maka mata terus rasa sedap & cantik tengok dekat. 

Zen ada Accommodation Infacility yang mana beliau:

  1. tidak lepas ujian kebolehan mata dalam menukar fokus (monokular & binokular) 
  2. kebolehan kerahkan fokus mata (PRA) sangat rendah 
  3. kebolehan relekkan fokus mata (NRA) agak rendah

Management kita untuk Zen ialah:

  1. pakaikan cermin mata full-time untuk 4-6minggu
  2. ulang semak pemeriksaan Facility, NRA, PRA
  3. kalau nilai Facility, NRA, PRA masih rendah, kita cuba usahakan dengan latihan mata/terapi penglihatan untuk kuatkan otot mata/mata

Terapi penglihatan akan nampakkan hasil, hanya dengan kita berganding bahu… kita susunkan latihan mata yang dirangka & anda perlulah bermotivasi untuk melakukan latihan mata. Terapi penglihatan boleh membantu dalam isu-isu accommodation/fokus atau convergence/penumpuan tetapi tidak dapat pulihkan kemerosotan penglihatan mata akibat penyakit mata.

Zen main retro dengan bingkai Blossom emas hitam yang dipasangkan dengan cermin Relax – Advance Anti-Fatique Photochromic yang auto tukar gelap untuk keselesaan semasa kerja.

Gembira Zen sedang pakai cermin mata ini?

Terima kasih Zen atas kepercayaan & sokongan!?