You are currently viewing Dari Dua Spek (1Spek Tengok Jauh 1Spek Baca) Jadi 1Spek Tengok Jauh & Dekat Sekali?

Dari Dua Spek (1Spek Tengok Jauh 1Spek Baca) Jadi 1Spek Tengok Jauh & Dekat Sekali?

  • Post author:

En. Winaryo (M/50) datang untuk pemeriksaan mata rutin, beliau datang tahun lalu dengan isterinya. Beliau buat 2 spek, satu untuk jauh & satu untuk membaca manakala isteri buat cermin jauh dekat. Penglihatan dengan cermin mata masih ok.

Penglihatan tahun lalu:
R: +0.25/-0.50×90 (6/6-)
L: +0.25/-0.50×90 (6/6-)
Rabun membaca/Add: +1.75 (N5@40cm)

Pemeriksaan menunjukkan:
R: +0.50/-1.00×90 (6/6)
L: +0.50/-1.00×90 (6/6)
Rabun membaca/Add: +1.75 (N5@40cm)

Rabun silau En. Win ada naik 050 dan rabun jauh hiperopia ada naik 025, sama untuk dua belah mata. Biasanya, rabun jauh hiperopia akan meningkat ikut usia, sama dengan power membaca yang juga meningkat ikut usia. Ini adalah kerana kanta semulajadi dalam mata yang sudah kurang fleksibel untuk fokuskan penglihatan kita. Dibandingkan dengan orang muda yang kanta semulajadinya masih sangat fleksibel & sebab itu, boleh auto-fokuskan penglihatan dekat untuk tengok jelas.

En. Win rasa leceh, seringkali pasang buka cermin membaca, nak kena simpan bawa ke sana ke sini. Sekali terlupa, amatlah sukar untuk tengok dekat sepanjang hari. Beliau mahu satu pasang spek bagikan senang kehidupan seharian kita.

En. Win bergaya dengan bingkai Armani Exchange browline dan dipasangkan dengan cermin jauh dekat Rodenstock Life Free 2 untuk keselesaan optima bagi yang jinak-jinak nak cuba cermin jauh dekat pertama kalinya.

Gembira dapat tahu yang En. Winaryo rasa senang bila kenakan spek baru ini.

Terima kasih En. Winaryo atas kepercayaan & sokongan!?