You are currently viewing Kabur Bila Tukar Pandangan?

Kabur Bila Tukar Pandangan?

  • Post author:

Shah (M/29) datang untuk pemeriksaan mata, mengadu tengok kabur bila tukar pandangan dari dekat ke jauh ataupun jauh ke dekat. Penglihatan ambil masa sikit untuk menjadi jelas.

Penglihatan tanpa cermin:
R: 6/7.5-
L: 6/6

Pemeriksaan menunjukkan:
R: -0.25/-0.25×165 (6/6)
L: PL (6/6)

Pemeriksaan lain menunjukkan:
Pemeriksaan alignment mata (Cover Test)
Orthophoria (normal) @ jauh & dekat

Pemeriksaan penumpuan (NPC – kebolehan mata dalam kekalkan satu imej tunggal yang jelas) by RAF rule
6cm, 6cm, 6cm
(normal value: <10cm)

Pemeriksaan stamina mata (AA – kebolehan mata memfokus & mengekalkan satu imej dekat dengan jelas) by RAF rule
R: 11cm, 12cm, 14cm
L: 11cm, 12cm, 14cm
(normal value: 11cm untuk 29tahun)

Kebolehan relekkan fokus mata (NRA)
+2.00
(normal value: +1.50 hingga +2.50)

Kebolehan kerahkan fokus mata (PRA)
-1.50
(normal value: -1.37 hingga -3.37)

Kebolehan mata dalam menukar fokus by Flipper +/- 2.00
R: 8 cycle per minit(cpm) difficult with minus lens
L: 8 cycle per minit(cpm) difficult with minus lens
(normal value: 6cpm hingga 16cpm)

Respon fokus mata pada target dekat (MEM)
R: +0.75
L: +0.75
(normal value: +0.25 hingga +0.75)

Pemeriksaan mata kering dengan pewarna mata fluorescein menunjukkan tompok-tompok kering pada bahagian bawah mata. Shah tidak kelip mata dengan menyeluruh, menyebabkan bahagian bawah mata terdedah lama tanpa dilembabkan dengan air mata semasa kelipan mata. Kelipan mata tidak habis ini menyebabkan permukaan mata jadi kering, semacam ada luka, sebab itu pewarna mata terserap ke dalam tompok kering ini sekaligus dapat kita detect kondisi mata kering ini.

Management untuk Shah adalah:
1. guna pelembap mata (non-preserved artificial tears) dalam tiub-tiub kecil untuk regulate balik permukaan kornea mata/permukaan hadapan mata

2. praktis kelip mata menyeluruh

3. ambil rehat antara kerja dekat/tengok hp dengan peraturan 20-20-20

4. stamina mata ada kurang sedikit, tapi adanya gejala mata kering, kita rawatkan mata kering dulu, nanti kita chek balik stamina mata dalam 2minggu bila datang untuk follow up.

Terima kasih Shah atas kepercayaan & sokongan?