You are currently viewing Cermin Tukar Gelap Photochromic?

Cermin Tukar Gelap Photochromic?

  • Post author:

Kak Hanifah (F/41) datang untuk pemeriksaan mata, speknya sudah rosak. Beliau mengadu tengok jauh kabur, tengok dekat ok lagi.

Tahap penglihatan tanpa cermin:
R: 6/18-
L: 6/12-

Pemeriksaan menunjukkan:
R: -0.75/-0.50×130 (6/6-)
L: -0.75 (6/6-)
Add: +1.00 (N5@40cm)

Kak Hanifah ada rabun jauh -0.75, bila beliau tak pakai kanta pembetulan, rabun jauh ini umpama sudah jadi power rabun dekat bila tengok dekat. Sebab itu, beliau masih boleh tengok hp tanpa cermin mata walaupun sudah berusia 40tahun. Apabila beliau pakai spek betulkan rabun jauh, tengok jauh terang.. tetapi bila tengok hp, akan rasa kurang sikit kalau dibandingkan dengan penglihatan tidak pakai cermin langsung. Ini kerana bila kita berusia 40an, mata sudah ada rabun membaca yang perlukan power membaca bila tengok dekat.

Kak Hanifah perlukan satu spek untuk tengok jauh bila bawa motor pergi berniaga ataupun hantar anak ke sekolah/tuisyen. Beliau dapatkan bingkai plastik fleksibel separa transparent Nomono dipasangkan dengan cermin tukar gelap Photochromic supaya mata relek, tak payah kecilkan mata bawah matahari. Bila berniaga pun, mata senang lenang bila cuaca terik. Hanya beliau kena buka spek kalau nak tengok hp lama supaya lebih jelas & selesa.

Terima kasih kak Hanifah atas kepercayaan and sokongan?